Konco-konco ku

Thursday, July 12, 2012

PANAS!! RONNIE LIU DICABAR LETAK JAWATAN JIKA TAK TUTUP RUMAH URUT DI SELANGOR!!


Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia Negeri Selangor (Gagasan Selangor) mendesak agar Ronnie liu meletakkan jawatan di atas kegagalannya dalam menangani masalah pertambahan rumah-rumah urut dan hiburan di Selangor.

Malah, Gagasan Selangor kecewa dan terperanjat dengan kenyataannya dalam sidang DUN semalam ketika menjawab soalan tambahan Datuk Warno Dogol (BN-Sabak) apabila Ronnie Liu selaku Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, menolak alasan kewujudan rumah urut dan pusat hiburan sebagai penyumbang kepada masalah sosial di Selangor.

Sebaliknya, beliau menyatakan masalah sosial yang membabitkan aktiviti berkenaan adalah isu penguatkuasaan yang memerlukan operasi bersepadu yang harus dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sehubungan dengan itu, kenyataan Ronnie ini mengesahkan bahawa beliau gagal sebagai EXCO yang menjaga PBT di Selangor sehinggakan bertambah pusat-pusat hiburan di negeri Selangor ini.

Kita hairan, beliau boleh menyalahkan kakitangan awam khususnya PBT di Selangor sedangkan beliau yang bertanggungjawab dalam portfolio ini, sedangkan dalam masa yang sama, banyak kes-kes yang terdahulu yang melibatkan penguatkuasaan dan operasi bersepadu PBT dan agensi kerajaan negeri seperti JAIS dan sebagainya mendapat tentangan dan halangan, termasuk menyalahkan UMNO dan BN, kononnya menjadi dalang dalam operasi-operasi tersebut termasuk gereja di PJ dan rampasan arak yang dijual di 7Eleven di sekitar Shah Alam.

Gagasan Selangor juga mencabar Ronnie memberikan data lengkap dan pecahan di mana 571 buah rumah urut dan 775 pusat hiburan yang beroperasi di negeri ini, sebagaimana jawapan beliau ketika menjawab pertanyaan mulut daripada Warno mengenai rumah urut dan pusat hiburan mengikut kawasan pentadbiran PBT di Selangor.


















MOHD FAIZAL MOHD SALLEH
Setiausaha,
Gagasan Pendidikan Melayu Negeri Selangor (Gagasan Selangor)

No comments:

Post a Comment

comment please.....