Konco-konco ku

Friday, July 27, 2012

LAJIM UKIN KELUAR AKAN SERTAI PEMBANGKANG??


Tika ini banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukim yang kini sedang berura-ura untuk menyertai PKR setelah beberapa kali tertangguh sebelumnya.

Dalam satu pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan sebelum ini, Lajim Ukim dikatakan telah melahirkan hasrat untuk menyertai PKR dan memohon restu daripada Mursyidul Am PAS itu agar penyertaannya itu dapat membantu pakatan pembangkang.

Pelik bunyinya. Mahu menyertai PKR kemudian tiba-tiba mohon restu daripada Muryidul Am PAS. Samada berita itu tersalah lapor, songsang atau sebaliknya, sukar dipastikan.

Apa yang pasti, jika Lajim Ukim sudah nekad untuk melompat menyertai PKR atau masuk apa sahaja parti pembangkang, kita doakan sahaja mudah-mudahan itulah yang terbaik untuknya. 

Lagi berita di SINI.

2 comments:

  1. hehehe

    Nak masuk PKR atau PAS?

    Lebih baik lu duduk dalam BN diam-diam, kalau tidak dengan lu punya skandal di Genting tu dan status ijazah lu orang akan bongkar.

    sekadar nasihat jer!

    ReplyDelete
  2. Saya harap ini bukan 'trend' Kerajaan untok peras ugut MP/ADUN supaya sentiasa taat setia pada parti..Kalau bukan kerana 'kegilaan' DSP Lajim pada tahun 1994 dulu senerio politik diMalaysia tidak akan berada seperti sekarang. 'Katak sawan babi' ini lah yang telah menyelamatkan maruah bangsa melayu dan bumiputera islam diSabah. Kalau pahit jangan lah terus dibuang dan manis jangan terus ditelan bulat bulat..takut kena kencing manis plak nanti.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...