Cadangan untuk melanjutkan usia persaraan kepada 60 tahun bukanlah baru.
Pada tahun 2001, had persaraan dikalangan anggota sektor awam kepada 60 tahun mula dibangkitkan oleh Ceupacs dalam memorandum kepada kerajaan.Sejak itu, kerajaan telah meminda dari 55 tahun kepada 56 dan kemudiannya 58 tahun.
Kini , MTUC kembali dengan cadangan untuk melanjutkan umur persaraan pekerja swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang.
Terdapat pro dan konta dari cadangan ini!
Bagi sektor swasta , ramai yang tidak bersetuju kerana menyifatkan cadangan itu sebagai mengarut, menyekat peluang kenaikan pangkat, meningkatkan kadar pengangguran, masalah sosial dan jenayah serta memperlihat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), badan yang diamanah untuk menjaga simpanan lebih lapan juta pencarum, tidak mempunyai wang dan mempunyai agenda sendiri.
Apa yang menariknya , pihak cuepacs berhujah bahawa cadangan tersebut membolehkan anak-anak “lepas dari tanggungan ibu bapa” sebelum mereka bersara kerana isu rakyat Malaysia yang berkahwin lewat.Faktor kewangan juga menghantui pekerja sektor swasta. Kira-kira 80% pekerja di negara ini bersara dengan caruman dalam KWSP berjumlah RM140,000 sahaja (MEF) dan sekiranya diambilkira jangka hayat purata, ertinya mereka mempunyai sekitar RM600 sebulan saja untuk dibelanjakan. Jumlah ini adalah terlalu kecil untuk pesara mengekalkan gaya hidup sedia ada.
Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai umur persaraan yang rendah. Di Jepun, China, Filipina, dan Indonesia umpamanya, umur persaraan ialah 60 tahun. Manakala di Amerika Syarikat, usia persaraan ialah 62 dan di UK 65 tahun (The Star).
Di laman sosial seperti Facebook dan Twitter , ramai golongan muda yang membantah cadangan ini dan berharap agar pihak kerajaan dapat menimbang semula cadangan ini.
Polemik usia persaraan ini akan berterusan dan setiap pihak mempunyai pandangan masing-masing.Namun apa yang lebih penting sekarang ialah untuk kerajaan melihat kesemua aspek yang disebutkan ini dengan mendalam.
Elakkan membuat keputusan bagi memenuhi tuntutan semasa. Sampai masanya untuk kerajaan melihat isu ini dari perspektif jangka panjang pembangunan negara.
Ada beberapa lagi perkara yang ingin JB luahkan disini tetapi biarlah setakat ini dahulu buat permulaan bicara. Blog ini akan berbicara lagi soal bantahan umur persaraan 60tahun. Harap ada pihak yang ambil peduli sebelum tsunami politik kembali muncul disaat akhir ini.
No comments:
Post a Comment
comment please.....