Tuduhan Kondominium yang dituduh ADUN DAP Ng Suee Lim dikaitkan dengan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar akhirnya terjawab.
Noh Omar memberi amaran buat Ng bahawa satu pendedahan balas bakal dibongkar beliau yang sudah pasti mengejutkan kesemua rakyat Negeri tersebut.berkata pihaknya akan membuat pendedahan balas terhadap ADUN DAP Ng Suee Lim sekitar isu rumah kondominium yang dibinanya.
"Suruh dia bersedia dengan isu rumah kondo yang dia buat di Sekinchan. Tunggu, kita akan tanya dia pula," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama dalam Konferen Antarabangsa Bisnes Agro-Bio 2012 di ibu negara petang ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan, bila pendedahan tersebut akan dibuat terhadap wakil rakyat DAP itu.
Sementara itu, MP Tanjong Karang itu turut menjelaskan, semua papan tanda itu dipasang oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).
Katanya, pemasangan papan tanda itu bukan untuk kepentingan politik tetapi bagi memaklumkan kawasan Tanjong Karang sebagai pusat pertanian utama di Selangor.
Beliau berkata demikian susulan laporan Portal Kerajaan Negeri Selangorku kelmarin menerusi kenyataan Faekah sebagai berkata, tujuh papan tanda berkaitan dipasang secara haram di Tanjung Karang, melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDSA). - Gelombang Rakyat
No comments:
Post a Comment
comment please.....