Konco-konco ku

Saturday, July 21, 2012

EDISI RAMADHAN: SAMPAI BILA KITA HENDAK DITIPU OLEH PENGEMIS??

Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam yang menunaikan puasa dibulan yang mulia ini. Minta maaf JB tinggalkan sekejap perihal politik yang tidak pernah habis di Malaysia. Malam ini kita muhasabah diri kita tentang perkara yang sungguh mulia di bulan Ramadhan ini. Sedekah.

Umum semua dah tau yang sedekah itu adalah salah satu kebaikan yang kita boleh lakukan walau luar dari bulan rahmat ini. Tapi tahukah semua yang peminta sedekah kini telah semakin cerdik dari kita semua.

Rata-rata kita bergaji dengan pendapatan purata RM100 sehari, itu bagi yang makan gaji. Tetapi tahukah kalian semua berapa pula hasil pendapat dari pengemis yang meminta sedekah kepada kita?? 

RM400 SEHARI!!!

Kenapa?? Tak percaya??

JB percaya sebab pengemis jadian ini rajin. Rajin menipu dan rajin berjalan walau sebelah kaki kudung, sebelah tangan hilang, pakai kaca mata hitam konon buta dan macam-macam taktik lagi.

Bro Mazidul ada ceritanya di SINI.

Bukanlah JB nak halang korang dari terus menderma tapi derma tu biarlah berpada supaya tidak salah derma. Banyak kali sebenarnya benda ni jadi lebih-lebih lagi di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Jadi selepas ini tolong lebih berwaspada. JB tak melarang untuk beri sedekah pada pengemis seperti ini, tapi alangkah lebih mulia jika duit sedekah yang kalian beri itu disumbangkan kepada rumah anak yatim atau pun masjid yang terdekat. Pahala lagi nyata.

1 comment:

  1. haah...dh ada yg mengemis dh kt atas ni. sapa2 ada lebih duit tk pakai & nk buang, elok MELEBUR kt anon global product (produk menggoblokkan org) atas ni. aku ucapkan selamat melebur...

    ReplyDelete

comment please.....