Konco-konco ku

Tuesday, July 10, 2012

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM! KUASA MEDIA BARU MENJADI PENYUBUR DEMOKRASI!!




Assalamualaikum wbt...

Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia kini akan meneruskan jelajah nya ke Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur...

Pada tarikh 14 July 2012,dijangka lebih ramai pengamal media akan berkumpul di Grand Ballroom Regancy,Safuan Plaza di Jalan Raja Alang,Kuala Lumpur...

Program dijangka akan berlang langsung pada jam 8.00 pagi dan kaunter pendaftaran mula dibuka seawal jam 7.30 pagi...

Berbeza dengan siri jelajah ditempat yang sebelum ini,konvensyen pada kali ini diadakan di pusat bandar dan rasanya ramai yang sangat berminat untuk menyertai kerana sebelum ini siri jelajah konvensyen diadakan di luar Kuala Lumpur...

Kepada yang berminat boleh lah membuat pra pendaftaran dengan menghantar butir2 peribadi seperti berikut :

Nama penuh:
No K/P:
No Telefon:
FB/Twitter/Blog:

Dan email kan ke : daftarkms1m.wpkl@gmail.com

Pastinya Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia kali ini akan menyajikan lebih banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama untuk dijadikan bahan rujukan dan membawa kesedaran kepada semua peserta...

Selain dari dapat berkongsi ilmu,konvensyen ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara peserta peserta dan team sekretariat yang mana sebelum ini hanya berkenalan di alam maya bertukar menjadi secara realiti dan selain itu dapat juga menambah kenalan...

Jadi,apa lagi sahabat sahabat... Jangan lupa,kita jumpa disana nanti...

No comments:

Post a Comment

comment please.....