Konco-konco ku

Sunday, July 29, 2012

TIMBALAN MENTERI SABAH LETAK SEMUA JAWATAN?? EH! TERTINGGAL SATU JAWATAN!!

Desas-desus yang mengatakan Lajim Ukin, Timbalan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah akan meninggalkan UMNO dan melompat parti sebelum PRU13 menjadi kenyataan apabila petang semalam semasa majlis berbuka puasa bersama Pakatan telah mengumumkan untuk meletakkan semua jawatan yang beliau sandang sekarang.

Tetapi yang menjadi tanda tanya kepada semua adalah kenapa Lajim Ukin ni tak letak jawatannya dalam kerajaan negeri sebagai Timbalan Menteri? Dan juga sebagai ahli UMNO? Adakah ada perancangan yang telah dibuat oleh beliau dan tenaga pemikir dari pihak pakatan untuk menggunakan kuasa Lajim supaya Sabah dapat jatuh ke tangan pakatan?

Reaksi banyak pihak ternyata tidak terkejut dengan tindakan Lajim Ukin kerana memang sudah jelas kelihatan sejak lama dulu yang beliau ini tidak akan lama bersama UMNO kerana berlaku sedikit salah faham dalam kerajaan negeri Sabah sendiri.

Adakah benar pakatan akan merampas Sabah pula pada PRU13? Sama-sama kita nantikan.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Apa lagi mau simpan2, buang saja semua. Apa lagi mau takut. Kalau sudah mau lompat, JANGAN PANDANG BELAKANG!

    ReplyDelete
  3. SELAMAT TINGGAL LAJIM !...SEMOGA BERBAHAGIA BERSAMA PKR SELAMA LAMA NYA...JAGA BUAH PINGGANG ELOK2 !!

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...