Konco-konco ku

Tuesday, July 31, 2012

SINK IS KING!! HUDUD BUKAN INTIPATI DALAM PAKATAN!!


Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataann di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata, hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.  

Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - Bernama

2 comments:

  1. Bahaye sungguh kalau tnh mlayu ni jatuh ke tgn dorg,abes perlembagaan negara dorg nk ubah.mase tu la nti puak2 yg myokong dorg ni menyesal nangis airmate pun xgune.tnpa agong dan sultan habesla kite org2 mlayu bumiputra.ayuh slmtkn tnh mlayu dr jatuh ke tgn pmbangang ni.

    ReplyDelete
  2. kalau hudud di laksanakan dlm kesemua undang2..lawyer2 bukan islam tak bole cari makan laaa...tu pasai depa tentang habis2an...dlm nikah kawin org islam,pembahagian harta org islam dah ada hudud
    .

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...