Konco-konco ku

Friday, July 27, 2012

HASAN ALI MUNCUL SEMULA DI FORUM TV SELEPAS 20 TAHUN MENYEPI!!


KUALA LUMPUR 27 Julai - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kembali berkhidmat sebagai Pengacara sebuah Forum berkaitan Islam menerusi Forum Khas : Ehya' Ramadhan yang telah disiarkan di TV1.

Forum yang dipaparkan pada setiap hari Khamis jam 10 malam itu bakal berlangsung selama 4 minggu sepanjang bulan Ramadhan dengan tajuk perbincangan berkaitan Islam khususnya mengupas aspek kerohanian ibadah dalam mengimarahkan bulan tersebut.

Rancangan ini telah membuka tirai pada malam tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu telah menjemput 2 panel khas iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi & Prof. Dr. Muhaya Hj Mohammed membincangkan tajuk 'Ramadhan Pembinaan Sahsiah'.

Klik SINI untuk berita lanjut.

2 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t. wak ,

    Syukur alhamdulilah dapat tengok Datuk Dr. Hasan Ali setelah sekian lama, rindu sungguh. Dulu semasa mengikuti pakej umrah anjuran syarikat beliau, beliau begitu komited, dalam kapal terbang datuk yang kawal microphone dan bertalibiah dan begitu mengambil berat hal-ehwal jemaah. Syukran. Selamat Kembali Datuk.

    Ma'cik Ara

    ReplyDelete
  2. Aku tengok jugak program tu malam tadi. Siaran langsung bola olimpik tolak tepi dulu.

    Memang seronok dapat tengok Dr. Hasan Ali jadi moderator atau berceramah agama di TV. Aku harap beliau akan lebih kerap mendapat peluang seperti ini di masa akan datang.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...