Konco-konco ku

Thursday, July 12, 2012

GEMPAR!! DR. RANI TELAH DIUGUT SEBELUM BERTEMU HASAN ALI MALAM TADI!!

Debat Perdana Hasan Ali vs Rani Othman, PRU 13: DI MANAKAH PAS SELANGOR? yang sepatutnya telah mengambil tempat di Meru, Klang tidak dapat berlangsung dengan sempurna kerana salah seorang panel iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor tidak hadir kerana cirit-birit buatan orang.

Seperti yang kalian lihat gambar diatas, hanya Hasan Ali seorang termangu-mangu meraih populariti di atas pentas. Malah, wakil PAS yang dicadangkan oleh PAS Pusat iaitu Khalid Samad (Gereja) juga tidak nampak bayang atau batang. Mungkin mahu standby untuk aktivit kaunseling jam 3 pagi agaknya.

Ribuan hadir membanjiri kawasan debat tapi hampa kerana wakil PAS tidak hadir tunjuk keberanian berdebat dengan sahabat sekelambunya dulu. Kita dah dapat lihat "Dimanakah PAS Selangor" sekarang. Rupanya bila dipanggil masing-masing menyorok sembunyikan diri.

PAS sudah takut dengan kebenaran. Jika betul PAS dipihak yang betul, mereka harus lawan dan berdebat dengan berhemah ke atas Hasan Ali yang juga bekas ahli PAS. Takut terlepas cakap ke?

Apa-apa pun yang penting, kini PAS sudah jauh terpesong dan tidak lagi berlandaskan kebenaran. Rani Othman patut malu dengan penduduk kawasan Meru yakni tempat beliau menang pilihanraya. Fikirkan mana lagi arah tujuan PAS di Selangor.

1 comment:

  1. gua salut lu bro hassan pemimpin pas NO BALLS and NO GUT , dengan dap lagi lah bak kata budak budak sekarang kena terajang dari atas katil

    ReplyDelete

comment please.....