Konco-konco ku

Monday, July 9, 2012

TERKINI!! PAS SUDAH REKRUT INDIVIDU BERANI MATI UNTUK PERJUANGANNYA!!


KUALA LUMPUR 9 Julai - Berhasrat untuk menggulingkan kerajaan, seorang lelaki cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri apabila anggota polis terpaksa melepaskan tembakan.

Kejadian itu berlaku apabila mereka dikatakan cuba membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya apabila menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Seorang lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju bersama pasangannya berhijab hitam masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Namun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

Sumber: KL Pos

Jawa Bernam: Pergh! Dahsyat didikan PAS siap ada individu yang berani mati untuk perjuangan PAS!!

3 comments:

  1. laung takbir tapi rambut menjela, kat kepala topi logo tengkorak!! apa kejadah?! elok sgtlah tu mati nk guling pemimpin. elok sgt la jgk yg perempaun bekas student uiam tu... siap pegang lelaki bukan muhrim... takbir apanya kalau dah mcm tu?

    ReplyDelete
  2. En. Jawa Bernam, rasanya tidak patut meletakkan kesalahan dan menuduh sesuatu perkara yang belum pasti lagi benar, jika dilihat pada blog si pengamuk, jelas dia bukan seorang penyokong PAS mahupun UMNO...walaupun anda seorang UMNO tegar janganlah sampai setiap keburukan hendaklah ditundingkan jari ke parti pembangkang.

    ReplyDelete

comment please.....