Konco-konco ku

Monday, July 30, 2012

COP 10 KALI, PERCUMA SEKALI SERVIS!! ONLY IN SELANGOR!!


Dua tukang urut yang leka melayan pelanggan masing-masing di sebuah premis di Jalan KS 3A, Taman Kinrara Seksyen 3 di sini, menangis teresak-esak apabila premis tempat mereka bekerja diserbu pihak berkuasa, lewat malam kelmarin.

Kedua-duanya saling berpelukan dan sengaja menangis dengan suara kuat apabila mendapati jurugambar media bertali arus merakamkan wajah mereka yang cuba disembunyikan di sebalik bantal.

Dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 11.30 malam itu, 14 tukang urut ditahan masing-masing tujuh warga Vietnam dan tujuh warga China.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, ketika diserbu, lima tukang urut berusia 19 hingga 30 tahun leka memberi khidmat kepada pelanggan warga tempatan di dalam bilik-bilik kecil yang dipisahkan dengan dinding.

Menurutnya, tiga kondom belum digunakan turut ditemui dan pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis terbabit.

Katanya, premis dipercayai beroperasi tanpa lesen sejak setengah sebulan lalu dan pengusaha dikatakan menawarkan pakej sekali perkhidmatan percuma sekiranya pengunjung mendapatkan khidmat urutan lebih 10 kali di premis sama.

“Pengusaha premis menawarkan harga RM99 bagi satu sesi dan pelanggan mereka turut diberikan satu cop di atas ‘kad kunjungan’ setiap kali premis dikunjungi.

“Kita dapati setiap bilik-bilik kecil juga mempunyai bilik air yang menempatkan sebuah katil,” katanya.

Rohan Shah berkata, lima pelanggan warga tempatan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pengusaha bakal disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit manakala tukang urut disiasat di bawah Seksyen 39 B Peraturan-peraturan Imigresen kerana bekerja tanpa permit sah

“Salah seorang tukang urut yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Imigresen,” katanya.

Seorang penjaga premis berusia lingkungan 30-an turut ditahan dan dibawa ke IPD Serdang.

JB: Dah macam main no tikam pulak masa kecik-kecik dulu. Sebab nak menang hadiah besar terpaksa beli tikam banyak-banyak sampai 10 baru dapat hadiah MISTERI!! HAHAHA.. ONLY IN SELANGOR!!

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...