Konco-konco ku

Tuesday, July 10, 2012

PANAS!! BETTY CHEW DAN WAN AZIZAH MANGSA TIPU SUAMI SENDIRI!!



Ketika Betty Chew, ADUN Kota Laksamana, ditanya di dalam Dewan mengenai dakwaan hubungan sulit suaminya, Lim Guan Eng, dengan bekas pegawai khasnya bernama Ng Phaik Kheng, Betty Chew telah bertindak keluar dewan dalam keadaan marah, tanpa mengia atau menidakkan soalan yang dikemukakan.

Tindakan beliau telah mengundang perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat bukan sahaja kerana tidak mendapat penjelasan mengenai isu tersebut tetapi juga kerana sikap yang ditunjukkan Betty amat tidak menepati kapasitinya sebagai seorang ahli politik.  

Betty memarahi Datuk Gan Tian Loo yang membangkitkan perkara tesebut di dalam dewan dengan berkata ‘shame on you’ atau ‘tak malu’, malah beliau juga menempelak Speaker Dewan dengan kata-kata yang sama.  

Siapa yang sebenarnya tidak malu di sini?  

Sepatutnya Betty Chew yang malu kerana bersikap tidak matang dan tidak professional dalam menangani perkara ini.  Jika beliau ingin meminta masyarakat melihat perkara ini sebagai isu peribadi rumahtangganya, maka beliau dan suaminya harus terlebih dahulu bersara sebagai ahli politik.  

Sedangkan DAP juga sering menyerang musuh politik mereka dengan isu peribadi, jadi kenapakah perlu ada dwi-standard apabila perkara yang sama menimpa mereka?  Tidak cukupkah dengan bersikap dwi-standard dari segi layanan terhadap kaum dalam menguruskan negeri yang ditadbir DAP, apakah DAP ingin menunjukkan bahawa parti itu adalah dwi-standard dalam segala segi? 

Mungkin menyedari bahawa sikapnya yang marah-marah telah tidak membantu DAP dan suaminya, hatta dirinya sendiri juga, maka Betty Chew dan Guan Eng akhirnya muncul secara rasmi untuk ‘membersihkan’ nama mereka.  Betty menafikan yang suaminya mempunyai hubungan sulit dan juga menafikan yang beliau telah menyerang Phaik Kheng ataupun suaminya.  

Namun, sekali lagi Betty tersilap kerana dalam kenyataannya membela dirinya, beliau telah mengaitkan isu peribadi Presiden MCA, Dato’ Seri Chua Soi Lek berkenaan skandal beliau tidak lama dahulu.   Malah, Betty juga mengaitkan nama isteri Dato’ Seri Chua, iaitu Datin Seri Wong Sek Hin yang langsung tiada jawatan atau kena mengena dengan politik, dengan meminta beliau menasihati Soi Lek agar tidak memanjangkan isu skandal Lim Guan Eng.  Lebih lucu lagi, beliau juga meminta Datin Seri Wong menyeru rakyat agar menolak MCA atas alasan skandal Soi Lek itu.  

Sebelum menasihati orang lain, Betty harus terlebih dahulu membuat keputusan sama ada skandal peribadi wajar dipolitikkan atau tidak.  Kenapakah DAP tidak boleh diserang kerana skandal peribadi tetapi MCA tidak mendapat keistimewaan yang sama?  

Kemudiannya, Betty harus membandingkan dirinya dengan Datin Seri Wong Sek Hin yang mana kedudukan mereka langsung tidak setara.  Datin Seri Wong bukanlah seorang ahli politik, seperti dirinya dan Datin Seri Wong telah menunjukkan betapa beliau seorang wanita yang jauh lebih kental dari Betty dalam menghadapi isu yang sama membabitkan suaminya.  Beliau tidak melatah dan tidak mengamuk apabila ditanya mengenainya.  Sebaliknya, seperti juga suaminya, beliau menunjukkan sikap matang, mengakui seadanya dan melakukan yang terbaik untuk mengatasi dan memperbaiki rumahtangga mereka.  

Sebaliknya, Betty mengambil masa untuk menafikan dakwaan skandal Lim Guan Eng dan sudah semestinya penafian yang agak terlambat sudah tidak bermakna lagi.   Syak wasangka orang ramai terhadap suaminya kini diperkuatkan lagi dengan sikap Betty sendiri.   

Lebih buruk bagi Betty ialah apabila Phaik Kheng juga mengambil sikap sama iaitu tidak menafi atau mengiakan apa-apa.  Sebaliknya wanita itu meminta Betty menjelaskan sendiri semuanya.  

Oleh itu, suka kita menasihatkan Betty agar berfikir sebelum berkata-kata.  Jangan terlalu angkuh ingin menempelak sesiapa sahaja yang mampu menggugat dan mengancam kedudukannya.  Sikap angkuh akan mengaburi fikiran sehingga menyebabkan seseorang bertindak tidak matang dan diluar kawalan.  

Daripada Betty menasihati Datin Seri Wong yang cukup mulia peribadinya, lebih baik Betty memberi nasihat kepada Wan Azizah, isteri kepada Ketua Pembangkang merangkap Anugerah Tuhan iaitu Anwar Ibrahim.  

Apakah jenis wanita yang sanggup menjadi isteri kepada seorang biseksual tegar yang terlibat dengan berbagai skandal?   Apa jenis wanita yang tetap mengagungkan suami yang tidak boleh menolak tarikan seks dengan lelaki lain walaupun tahu yang ianya sebuah perangkap, seperti yang didedahkan oleh perisikan Singapura?  Apakah jenis wanita yang saban hari menyeru orang ramai agar menyokong dan menyanjung suami yang penipu dan pengkhianat kepada negara?  

Tak perlu Betty Chew mengganggu Datin Seri Wong Sek Hin, jika terlalu terdesak untuk membela diri dan mengalihkan pandangan rakyat.   

Walau apapun yang berlaku, seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa suami Datin Seri Wong, bukan seorang penipu tetapi suami Betty Chew, tidak banyak bezanya dengan suami Wan Azizah, iaitu sama-sama ada skandal tetapi tidak mahu mengaku, selain penipu, pembohong, kaki belit, diktator, gila kuasa dan pengkhianat negara.  

No comments:

Post a Comment

comment please.....