Konco-konco ku

Tuesday, July 3, 2012

#TUKAR KELANTAN SEBELUM TERLAMBAT!!


TUMPAT: Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) akan meneruskan jelajah ke seluruh negeri itu untuk mendesak kerajaan negeri melaksanakan 22 perkara yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini selain menghentikan janji baru sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Selepas ini kita bercadang mengadakan program `Jejak Janji PAS’ di tapak peletakan batu asas projek pelabuhan darat di Kuala Krai yang terbengkalai dan tinggal janji,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada program Jelajah Jejak Janji PAS di tapak peletakan batu asas pembinaan jambatan kedua Sungai Kelantan di Kampung Palekbang-Kampung Cina di sini semalam.

Antara 22 tuntutan itu ialah supaya barisan kepimpinan kerajaan PAS mengisytiharkan harta; segera menyelesaikan masalah air; segera menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II; dan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia menganggur.

“Tuntutan terakhir kita ialah supaya kerajaan PAS Kelantan berhenti menabur janji-janji baharu kepada rakyat selagi janji lama yang masih tertunggak tidak ditunaikan,” kata Kamarudin.

Mengenai perhimpunan semalam, beliau berkata lokasinya menjadi bukti pembohongan PAS untuk membina jambatan itu yang kini merupakan projek terbiar, walaupun majlis peletakan batu asas disempurnakan Sultan Kelantan pada 1996.

“Apa yang amat dikesalkan, kerajaan PAS Kelantan sanggup menabur janji hingga menggunakan institusi raja untuk kepentingan mereka dalam usaha menarik sokongan rakyat kepada parti itu,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment

comment please.....