Konco-konco ku

Thursday, July 5, 2012

FITNAH PAKATAN SEMAKIN MELAMPAU!! ROSMAH PM MALAYSIA??


Hari ini walaupun menjelang nisfu Syaaban, diletuskan fitnah rekayasa terhadap DS Rosmah berkaitan temubual dengan RTM dan TV3 dan gerombolan tanpa segan silu post di wall mereka. (Mereka kata boikot, hipokrit!) Mereka menulis berdasarkan kemunculan DS Rosmah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM semalam yang mana dibahagian bawahnya tertulis EKSPRESI REMAJA BERSAMA PERDANA MENTERI. 

Hanya kerana perkataan itu dan gambar yang memaparkan wajah DS Rosmah, dia terus kata RTM sahkan Rosmah PM. 

Hakikatnya, pada hari Sabtu ini (7.7.2012) akan diadakan satu program yang dinamakan EKSPRESI REMAJA BERSAMA PM di Stadium Negara yang melibatkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Datuk Seri Najib selaku PM akan hadir dalam program yang agak besar itu. 

Kemunculan Datin Seri Rosmah di TV1 semalam yang mana beliau merupakan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, adalah untuk bercakap mengenai matlamat dan tujuan perhimpunan antara remaja-remaja yang menganggotai Pandu Puteri dengan PM yang akan diadakan Sabtu ini.

RTM yang jemput beliau selaku YDP untuk bercakap tentang perhimpunan bersama PM yang akan diadakan itu. Topik yang dibincangkan adalah topik perhimpunan yang bakal diadakan itu dan akan dihadiri oleh PM dan RTM pun letaklah tajuk begitu kerana itu topiknya. 

Tak kan nak bincang pasal perhimpunan remaja bersama PM kemudiannya nak letak tajuk masak-masak?....

1 comment:

  1. Biar apa jua rintangan,cabaran dan tentangan ,akan kami pertahankan "F.L.O.M" yang teramat kami kasihi.

    Kasih sayang kami tidak pernah berbelah bahagi kepada "F.L.O.M" yang tak ternilai jasa dan pengorbanannya.

    Semoga "F.L.O.M" sentiasa anggun di mata dunia

    ReplyDelete

comment please.....