Konco-konco ku

Wednesday, July 4, 2012

DEMONSTRASI KUIN: BUKTI KEZALIMAN PAS



Apa yang terjadi di KUIN sehingga kakitangannya terpaksa mengangkat sepanduk berdemonstrasi di hadapan pejabat Rektor di Alor Setar semalam membuktikan bahawa Universiti itu sememangnya menghadapi masalah besar.  

Sebelum ini, kepimpinan PAS Kedah cuba menutup atau meremehkan masalah yang sedang melanda KUIN tetapi ternyata bangkai gajah tidak boleh ditutup selama-lamanya.   

Ia mungkin remeh bagi kepimpinan negeri tetapi soal gaji tidak dibayar adalah soal besar bagi rakyat marhaen kerana ia adalah soal kehidupan seharian.   Begitu juga jika gaji Menteri Besar tidak dibayar, Menteri Besar juga pasti tidur dengan mata terbuka. 

Masalah kakitangan KUIN ialah bukan sahaja gaji tidak dibayar tetapi bayaran terus melalui potongan gaji juga tertunggak sehingga berbulan-bulan walaupun potongan dibuat di dalam slip gaji.  Ini pastinya akan dikenakan faedah dan silap haribulan ada yang muflis.  Soalnya, jika ia tetap dipotong, ke manakah wang mereka pergi?

Mengikut kronologi, kakitangan KUIN telah pun berjumpa, berunding, menulis surat, menghantar memorandum kepada pihak pengurusan, pihak Lembaga Pengarah, Ahli Majlis Tertinggi KUIN serta Exco dan Menteri Besar Kedah melalui beberapa siri sejak awal Mei lalu.  

Namun, segala usaha mereka telah dipersetankan.  Malah, wakil kakitangan, iaitu Mohamad Azki Hafizi Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman telah ditukarkan terus ke Kuala Ketil, mungkin sebagai ‘hukuman’ kerana mengkritik Rektor.    

Bukankah ini kezaliman yang nyata?

Kerana tidak tahan dengan kezaliman yang berlaku, maka demonstrasi yang diadakan oleh kakitangan KUIN semalam adalah bertujuan utama untuk mendesak Rektor, iaitu Datuk Dr. Jamil meletak jawatan atau dipecat.  Selain itu, kakitangan juga memohon agar hutang mereka dilangsaikan.  

Persoalan besar di sini ialah kenapakah sejak Mei sehingga sekarang, setelah EXCO dan Menteri Besar sendiri maklum mengenai masalah ini, masih tiada penyelesaian?   

Jika EXCO dan MB juga tidak mahu ambil tahu, ke manakah lagi yang perlu para kakitangan ini mengadu?  Kepada DYMM Sultan atau YDP Agong?   Atau Perdana Menteri dan Presiden UMNO?    

Apakah lagi yang perlu mereka lakukan untuk memastikan nasib mereka dibela oleh pengurusan KUIN dan kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap Universiti ini?  Merusuh seperti peserta BERSIH?

Kita tidak faham apakah yang ditunggu oleh Menteri Besar sebelum mengambil tindakan?   Untuk menyatakan yang beliau tidak tahu apa-apa tidak mungkin sama sekali, kerana wakil beliau telah pun bertemu dengan kakitangan KUIN dan beliau sendiri telah menerima memorandum dari kakitangan KUIN sejak awal krisis ini.  Nampaknya, bukannya beliau tidak tahu apa-apa tetapi beliau sekadar tidak tahu nak buat apa.

Inilah masalahnya apabila meletakkan seseorang bukan di tempat yang hak.  Menurut Islam, jika seseorang itu diletakkan di tempat yang bukan haknya iaitu yang tidak layak baginya, maka ia adalah satu ketidakadilan.  Dan ketidakadilan pasti membawa kepada kehancuran.  

Sudah jelas kini bahawa Rektor KUIN itu adalah tidak berhak berada di tempatnya, beliau tidak mampu mengurus KUIN dan telah bertindak zalim sehingga kakitangan tidak sanggup lagi berada di bawahnya.    

Lebih dari itu, Exco dan Menteri Besar Kedah juga adalah tidak berhak berada di tempat mereka kerana mereka tidak mampu menjalankan tugas mereka dengan baik untuk membela rakyat dan menjana pendapatan negeri sehingga Universiti yang dibawah naungan negeri mengalami masalah kewangan sedemikian buruk sekali.  

Mengaku atau tidak, masalah sebegini tidak mungkin dibiarkan berlarutan jika Kedah berada di bawah Barisan Nasional.  Dan ini adalah hakikat, yang walaupun pahit untuk ditelan oleh para penyokong PAS tegar, tetapi ia adalah kebenaran.  Manusia yang tidak sanggup menerima kebenaran adalah manusia yang sakit jiwanya

5 comments:

  1. PILIH LAH PAS LG JD KERAJAAN... BAGUS.. RASA KN...

    ReplyDelete
  2. kakitangan KUIN tu sepatutnya bersabar..sbb sabar itu separuh dpd IMAN, menentang kerajaan berlandaskan ISLAM ibarat meruntuhkan IMAN itu sendiri..ini semua dugaan ALLAH..dan kita sebagai umat yg mahu terus melihat kerajaan ISLAM terus tegak di bumi ini perlulah tabah dan berserah kepada takdir...

    ReplyDelete
  3. anon 1:01AM

    budaya tunjuk perasaan nikan budaya yg telah pakatan terapkan pada pengikutnya.janganlah bagi nasihat lagi sebab guru dah ajar begitu,kenalah terima hakikat.

    ReplyDelete
  4. agaknya ini yg dipanggil sesal kemudian!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. anon 1:01Am

    Jangan terlalu berserah pada takdir semata-mata... berusaha... rezeki yang Allah beri tidak semestinya datang bergolek...

    ReplyDelete

comment please.....