Konco-konco ku

Thursday, September 20, 2012

PAS JOHOR DESAK @NGEHKOOHAM MINTA MAAF KEPADA UMAT ISLAM


Pas Johor mahu Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf berhubung soalan provokasinya terhadap hasrat umat Islam negara ini melakukan protes terhadap filem anti-Islam,Innocence of Muslim pada Jumaat ini.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, perkara yang dilakukan oleh Koo Ham itu amat mengguris hati, sekali gus membangkitkan kemarahan umat Islam kerana ia melibatkan kesucian Islam serta kemuliaan Rasulullah SAW.

Atas dasar itu juga Mahfodz berkata, beliau memberi sokongan penuh terhadap usaha Dewan Pemuda Pas serta Pergerakan Pemuda UMNO menganjurkan protes pada Jumaat ini bagi menunjukkan bantahan terhadap penerbitan serta penyiaran filem anti-Islam itu.

''Sekalipun Pemuda Pas dan Pemuda UMNO mahu bergabung untuk menunjukkan protes, saya tidak ada masalah. Ini soal kesucian agama kita dan ia melangkaui kepentingan politik,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

p/s: PAS Johor dah berani bersuara mendesak pemimpin DAP minta maaf kepada umat Islam. Pemimpin PAS yang lain senyap je. Sokong ke kenyataan Ngeh? Mat Sabu tak nak komen ke?

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...