Konco-konco ku

Monday, September 17, 2012

RAKYAT SEMAKIN RAMAI MENYAMPAH DENGAN JANJI KHALID




Hulu Langat – Demonstrasi  demi demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat menuntut air percuma adalah manifestasi kesedaran rakyat terhadap pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) berkata, demonstrasi yang dilakukan oleh  penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras hari ini adalah luahan rasa kecewa dengan sikap lidah bercabang kerajaan negeri yang berdolak-dalik dan enggan menunaikan janji mereka.

“Demontrasi ini juga adalah rentetan desakan dilakukan penduduk di Pangsapuri Menteri Court di Petaling Jaya dan Pangsapuri Lavender Vista di Puchong yang sehingga kini masih dinafikan hak menerima air percuma dengan alasan menggunakan meter pukal.

Malah, rakyat yang berasa tertipu dengan janji manifesto kerajaan negeri turut memfailkan saman di mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tuntutan oleh 683 pengguna air itu merupakan kumpulan pertama dari kawasan Shah Alam dan akan diikuti oleh pengguna air dari kawasan lain di negeri ini,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama dalam demostrasi aman bersama penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras.

Tambahnya, tidak mustahil sekiranya penduduk di Pangsapuri Angsana yang mengandungi 3 blok dan 560 unit rumah akan mengambil tindakan yang sama sekiranya kerajaan negeri masih berdolak-dalik untuk tidak memberikan air percuma atau enggan membayar pampasan.

Penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.

Lebih mengecewakan kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak.

“Laporan akhbar baru-baru ini menyebut para penghuni membabitkan 1,378 buah pangsapuri dan kondominium di beberapa daerah di negeri ini dikesan belum menerima kemudahan air percuma seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sejak Ogos 2008.

Perangkaan tersebut melibatkan sebanyak 479 buah pangsapuri di Petaling Jaya, Gombak (462) dan Klang (273) yang jika puratanya melibatkan 500 pemegang akaun perkhidmatan bekalan bagi setiap premis kediaman itu. Jumlah keseluruhan penghuni boleh mencecah sehingga 689,000 orang manakala jumlah tunggakan subsidi air percuma hampir RM300 juta.

Mengikut definisi melalui manifesto parti pembangkang, setiap rakyat negeri ini yang mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 setiap bulan dan kalau dihitung sejak 2008, mereka mempunyai tunggakan sebanyak RM570 setiap seorang,” tambahnya.

Kerajaan negeri sebelum ini menolak tuntutan tunggakan air percuma tersebut sebaliknya mahu penduduk menukar meter air pukal kepada meter air individu bagi membolehkan penghuni pangsapuri dan kondominium di negeri ini menikmati skim air percuma tersebut.

Jika tidak mampu melaksanakan, lebih baik tidak perlu berjanji. Rakyat di negeri Selangor semakin sedar pembohongan yang dilakukan kerajaan negeri termasuk mengatakan ‘manifesto bukan janji’ sebagai alasan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab.

“Justeru terserah kepada rakyat Selangor  untuk membuat penilaian sama ada mahu mengekalkan kerajaan negeri yang kuat temberang atau kerajaan yang lebih berkredibiliti yang mengutamakan rakyat dalam setiap pelaksanaan.

Malah timbulnya pelbagai isu sepanjang kerajaan PKR memerintah negeri Selangor, membolehkan rakyat membuat pertimbangan tepat terhadap keupayaan kepimpinannya. Ini cukup penting bagi rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum tidak lama lagi,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang. - GPRS

1 comment:

  1. yg x dapat air percuma marah, tapi yg mendapat air percuma memujinya, golongan manakah yg ramai, sudah tentu golongan yg mendapat air percuma yg ramai,sebab tu khalid selamba je,tak menjadi kudis baginya sebab beliau tau ramai yg dapat air percuma.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...