Konco-konco ku

Monday, September 10, 2012

PAS INGKAR ARAHAN ANWAR DAN DAP!! KARPAL PENING KEPALA!!


KUALA LUMPUR 9 Sept. - Majlis Syura PAS Pusat memutuskan mengekalkan keahliah PAS terhadap Bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa. 

Persidangan yang baru sahaja berakhir sebentar tadi itu juga memutuskan Nasharudin dikekalkan memegang jawatan sebagai salah seorang anggota Ahli Majlis Syura PAS Pusat. 

Keputusan rasmi yang diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu juga menolak spekulasi beberapa pihak yang mendakwa Nasharudin bakal dipecat sebagai anggota keahlian parti malam ini. 

Walaubagaimanapun, Hadi Awang enggan mengulas tentang status pencalonan Nasharudin pada Pilihan Raya Umum ke 13 dan menjelaskan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang. 

Untuk rekod, PAS sebelum ini pernah mengambil tindakan memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr. Hasan Ali kerana bertindak sama menggesa parti tersebut meninggalkan Pakatan kerana tidak seteru dengan perjuangan DAP dan PKR.-KLPos

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. lepas ni pasti ulamak2 Pas akan melutut minta ampun pada Dap/nuar... alih2 umno gak disalahkan

    hampehh punya Pas...

    ReplyDelete
  2. Tahniah pada ustaz Nasa. Sudah dapat lesen istimewa, lepas ini boleh bersuara dengan lebih lantang. PAS tak akan berani pecat ustaz. Teruskan bersuara untuk perpaduan Islam.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...