Konco-konco ku

Saturday, September 22, 2012

TERKINI!! RATUSAN AHLI PAS PENANG KELUAR PARTI KERAN BENCI DAP!!


BERITA TERBARU DARI PULAU PINANG: Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 300 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Tindakan itu diketuai Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang turut digelar Mat Sabu Bakau Tua yang mengakui Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini.

Menurut Subhie, dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada Pas dan berjuang bersama-sama UMNO. 

posted from Bloggeroid

2 comments:

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...