Berhijrah ke arah kebaikan adalah dituntut agama.., tapi lebih baik cari ilmu dengan guru mursid bukan melolong melalak memecah belahkan umat.
Malangnya, ada pulak sorang artis ni yang berasa dah terlampau hebat beragama hanya kerana masuk sebuah parti politik..
Tak sampai berapa bulan dia bertudung dan dijemput berceramah atas pentas Pas, dia dah berani 'belasah' bekas Mufti, Pengetua sekolah agama dan juga Sarjana Muda pengajian Islam dari Madinah beb..
Ni lah yang dikatakan sifat riak dan takabbur.. Baru hafal hadis dua tiga baris, dah mula nak rendahkan pengetahuan orang lain.. Baru berjinak-jinak dengan politik, dah berani hukum orang lain tak betul..
Abby patutnya sedar diri dia tu siapa.. Setakat belajar 'agama' dari Yusuf Haslam dan Norman Hakim, tak payahlah berasa diri tu hebat sangat beb..
Jangan jadi macam Akhil Hayy.. Dulu artis lelaki tu bukan main hentam kerajaan.., tapi sekarang ni apa dah jadi pada dia? Disisihkan beb...
Kalau korang ingat lagi.., Akhil Hayy merupakan antara artis yang terawal melibatkan diri dalam kancah politik pembangkang dan mencemuh Kerajaan menerusi ceramah-ceramah beliau.
Hampir kesemua ceramah Akhil Hayy tu akan diselitkan kutukan terhadap pemimpin-pemimpin Kerajaan BN.
Kita tak boleh nafikan.., Akhil Hayy adalah merupakan antara individu yang mempengaruhi masyarakat Islam dan Melayu untuk tolak Kerajaan pimpinan BN pada PRU12 dulu..
Tapi sekarang ni Akhil Hayy secara sukarela mengaku bahawa dia merupakan antara mangsa permainan politik Pas yang mempergunakan artis untuk kepentingan parti dorang.
Cuba korang baca kenyataan Akhil Hayy seperti yang dilaporkan kepada media baru-baru ni... benda ni patut dijadikan satu pengajaran buat artis macam Abby..-MPP
“Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat."
"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka."
“Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik.”
“Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita. Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.
“Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.
“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula.” ~ Akhil Hayy
Kita tak hairan Akil Hayy boleh berubah sebab pengalaman sendiri dulu pernah menyokong pembangkang. Mana saja ceramah pembangkang pergi. Namun ternyata sangkaan kami amat meleset selepas Selangor jatuh ke tangan Pembangkang. Pelbagai isu di cetuskan pembangkang merugikan bangsa Melayu. DAP lebih berkuasa sedangkkan PAS dan PKR tunduk dibawah tekanan mereka. Kami sedar kini BN lebih baik daripada PR.
ReplyDelete