Konco-konco ku

Tuesday, September 11, 2012

KHALID GAGAP JANGAN TERLALU EGO DEMI RAKYAT SELANGOR


SHAH ALAM: Penstrukturan semula perkhidmatan air bukan pilihan terbaik kerajaan negeri Selangor untuk berhadapan dengan krisis air yang dijangka berlaku dua tahun lagi, menurut Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George.

Pengesahan oleh pakar berhubung krisis itu menjelang 2014 menurut Jacob, menimbulkan rasa gusar penduduk negeri Selangor selain mempersoalkan keseriusan kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air mencukupi.

Katanya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya memberi kerjasama terhadap rancangan kerajaan Pusat untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) kerana ianya merupakan jaminan yang lebih realistik.

"Saya tidak setuju, para pakar sudah katakan bahawa pada 2014 dan 2015 akan ada krisis air. Semua sudah diaturkan oleh kerajaan Persekutuan untuk projek Langat 2, dan ini kita dapati boleh menyelesaikan masalah.

"Sebelum masalah air merebak lebih teruk kerajaan Pusat telah menyediakan jentera untuk menyelesaikan, mengapa kerajaan negeri tidak mahu bersetuju?" soal beliau.

Keputusan untuk tidak membenarkan projek Langat 2 dilaksanakan dipercayai merupakan reaksi susulan terhadap keputusan kerajaan Pusat yang enggan mengiktiraf cadangan pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Sebelum ini, Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) menggesa kerajaan negeri Selangor membayar ganti rugi kepada usahawan kecil dan sederhana di negeri itu sekiranya berlaku krisis air yang boleh menjejaskan pendapatan golongan itu.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kerajaan negeri perlu bertanggungjawab dan tidak mengheret usahawan kecil dan rakyat dalam isu terbabit.

"Kerajaan negeri Selangor yang perlu bertanggungjawab, jangan heret peniaga dan rakyat bersama dengan dia. Bila ada masalah saja hendak heret peniaga dengan rakyat," kata beliau.

Sehubungan dengan itu Ridzuan berharap kerajaan negeri Selangor perlu mengenepikan soal kepentingan politik, sebaliknya memberikan tumpuan kepada kesejahteraan rakyat di negeri itu. - AntaraPos

No comments:

Post a Comment

comment please.....