Hanya ada dua badan yang diterajui oleh Melayu yang dihormati di dunia ini: UMNO dan Felda.
UMNO sejak penubuhannya dahulu telah membuktikan keupayaan Melayu dalam mentadbir negara berbilang kaum dengan mengutamakan kepentingan bangsa Melayu dan ugama Islam sebagai majoriti, dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan kaum-kaum dan ugama-ugama lain. Perkongsian kuasa Melayu UMNO dengan MCA dan MIC yang mewakili dua lagi kaum terbesar di Malaysia, serta parti-parti lain yang lebih kecil, adalah sesuatu yang amat dikagumi di dunia, dan telah memberikan keamanan kepada Malaysia sejak sekian lama. Banyak negara mahu belajar dari Malaysia formula perkongsian kuasa ini, tetapi mereka gagal melaksanakannya. Keamanan dan kestabilan politik telah memberikan Malaysia peluang yang amat baik untuk memajukan negara dan Malaysia kita sudah lama keluar dari kelompok Negara Ketiga dan sedang menuju ke arah negara maju. Berpusu-pusu rakyat asing datang menumpang mencari rezeki di Malaysia.
UMNO jugalah yang telah mengilhamkan dan memajukan Felda. Felda kini dikenali sebagai badan pertanian yang terbesar di dunia dan semakin maju dari masa ke semasa. Felda inilah yang telah membantu ramai Melayu keluar dari kepompong kemiskinan, dan anak-anak Felda kini tidak lagi terpinggir malah ramai dari mereka telah jauh ke hadapan berbanding rakyat biasa yang lain. Selain dari memberi pendapatan tetap dan memuaskan untuk keluarga Felda, ia juga telah memberikan banyak peluang pekerjaan sehinggakan pekerja-pekerja asing begitu ramai diperlukan.
Kedua-dua UMNO dan Felda diterajui oleh Melayu untuk Melayu sendiri. Ia digeruni oleh bangsa-bangsa lain dan negara-negara lain. Ia menjadi contoh kepada banyak negara yang kurang maju untuk mereka membangunkan negara mereka sendiri. Apa tidaknya, Malaysia hanya negara yang kecil berbanding dengan jiran-jiran seperti Indonesia dan Thailand, tetapi Malaysia menjadi pengeluar getah dan sawit utama di dunia- semuanya adalah kerana sistem perladangan terancang dan tersusun melalui Felda.
Malangnya, segelintir Melayu sendiri cuba menjatuhkan UMNO dan Felda. Golongan ini sebenarnya tahu kebaikan dan kepentingan UMNO dan Felda untuk Melayu, namun kerana sikap hasad-dengki sesama bangsa yang memang telah lama wujud dalam masyarakat Melayu, mereka sanggup berkerjasama dengan pihak-pihak lain untuk memburukkan UMNO dan Felda. Demi agenda peribadi mereka, mereka sanggup hilang keistimewaan yang dimilikki oleh kaum Melayu, bak kata orang, "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".
Melayu tidak menguasai sebarang perniagaan, kecuali perniagaan pasar malam. Melayu tidak menguasai sektor-sektor pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perikanan, perlombongan, pembalakan dan lain-lain. Mengapa satu-satunya yang ada - itu pun dengan bantuan UMNO dan kerajaan- masih hendak dimusnahkan?
Yang ironik dan sedihnya, perbuatan memburukkan UMNO dan Felda hampir semuanya datang dari Melayu sendiri, bukan kaum lain. Mungkin kaum lain seperti Cina sedar bahawa Melayu, yang merupakan masyarakat majoriti di Malaysia, perlu mempunyai kuasa membeli; jika tidak, siapa yang akan membeli barangan dan perkhidmatan mereka. Tetapi Melayu tidak boleh melihat Melayu lain senang, Melayu lebih rela melihat kaum lain kaya-raya asalkan bukan bangsa mereka sendiri!
Memang ada kelemahan atau isu dalam UMNO atau Felda. Tetapi sepatutnya tumpuan rungutan atau bantahan ditumpukan kepada kelemahan atau isu berkenaan untuk sama-sama diperbaiki, bukannya menuduh itu-ini tanpa asas.
Mereka inilah sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara. Tidak kira apa topeng perjuangan yang mereka pakai, samada topeng ugama, "Bersih" atau apa saja, tujuan mereka hanya satu: menjatuhkan UMNO dan apa saja yang berkaitan dengan UMNO seperti Felda.
Sudah sampai masanya Melayu menyedari hakikat ini dan menentang perjuangan palsu yang hanya mahu menjatuhkan Melayu sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan bahawa kejatuhan Melayu adalah kerana Melayu sendiri. Kita perlu belajar mengenal musuh sebenar dan bukannya saling menjatuhkan sesama-sendiri kerana jika kita menang sekali pun, kita hanya akan menang bersorak sedangkan kampung kita tergadai.
Untuk membina sesuatu memerlukan masa yang lama. Manakala untuk meruntuh apa yang sedia ada hanya dengan sekelip mata.
ReplyDeleteSejarah membuktikan kejatuhan Kesultanan Melaka juga berpunca dari dalam.Maka inilah yang cuba dirasuk oleh musuh supaya huru-hara timbul lalu memudahkan mereka mencelah dan membakar dengan api.
Maka skrip yang sama telah diatur oleh musuh kepada rakyat agar bangkit menentang diatas keburukan dan fitnah yang dicipta supaya timbul kebencian terhadap kerajaan. Dan ini memungkinkan apa saja yang akan terjadi....maka ini lah yang sedang ditunggu-tunggu oleh musuh dengan penuh senyuman tapi pahit yang mendatang bagi rakyat selepas ini jika tidak memahaminya.....Apa kah tangan-tangan Melayu hari ini juga bakal meruntuhkan Bumi bertuah ini ????? Walahualam.
Sebenarnya kalau kita orang2 Melayu perasan inilah kerja2 jahat orang2 kafir Naga dan Singa yang dah lama menyerang secara musuh dalam selimut, api dalam sekam, yang mana ada orang2 kita Melayu ni masih tak sedar2 lagi. Ada juga perumpamaan orang2 tua dulu, kalau kita jumpa ular dan pak itam, bunuh Pak itam dulu, sebab sifat mereka lidah berbelit, siapa yang menang mereka ikut je. Wahai orang2 kita, beringatlah dan masih sempat lagi kita bersatu dibawah payung Islam. Bayangkan di Majlis Selawat sahaja yang datang beribu2 orang. Gegak gempita bunyinya. Lihat majlis yang dirahmati Allah swt, manada cacat celanya. Majlis berakhir dengan baik tanpa ada yang mati terbunuh dan huru-hara. Hujan lebat pun orang tak berganjak kerana kasih dan dahagakan majlis serupa itu. Yang hadir pun segenap lapisan, tua, muda, remaja dan kanak2. Walaupun kami ni tak dapat hadir kerana tempat2 yang diadakan majlis tersebut jauh dari tempat kami, tetapi kami menonton melaui TV hingga majlis tersebut benar2 tamat. Disini juga saya ingin mengesyorkan orang2 kita yang memang memegang kuasa membeli, belilah barang runcit dikedai2 orang kita. Naikkan orang2 kita. Cuba kita boikot dan beli hanya di Kedai2 orang kita, rasanya tutup perniagaan mereka. Nasib2 semua barang akan dihantar kekedai orang kita minta tolong jualkan. Ayuh kita mulakan dari sekarang! baru mereka tau yang kitani pemegang terbesar kuasa membeli. Pergilah mana2 supermarket, kedai2, shopping centre, penuh bakul orang kita membeli. Tengoklah bangsa2 tu jarang kita jumpa mereka2 tu membeli dengan banyak, orang mereka tak ramai manapun.
DeleteOld Town White Coffee mengandungi DNA BABI.
ReplyDeleteBOIKOT!!!
Secret Recipe mengandungi DNA BABI.
BOIKOT!!!
Power Root Ali Cafe mengandungi DNA BABI.
BOIKOT!!!
Kopi Aik Cheong mengandungi DNA BABI.
BOIKOT!!!
Pak hailam Kopitiam mengandungi DNA BABI.
BOIKOT!!!
One Station Kopitiam mengandungi DNA BABI.
BOIKOT!!!
Mamawe Kopitiam di Sungai Besar mengandungi DNA BABI.
BOIKOT!!!
Toast n Toast di Melaka Baru mengandungi DNA BABI.
BOIKOT!!!
Agaknya selamani dah banyak benda najis muhalazah tu masuk dalam perut kita kerana kebanyakan makanan kita dibuat oleh orang2 tu. Selama ni mereka menipu kita tanpa kita sedari. Ya Allah! ampunilah kami sekelian orang2 Islam yang dah banyak sungguh termakan benda tu. Tak tergamak nak menyebut nama benda tu, rasa nak muntah. ayuh setuju 100% kita boikot
Delete