Konco-konco ku

Saturday, September 22, 2012

MAHASISWA YANG BIJAK TIDAK AKAN MENGHABISKAN MASA DIJALANAN

Golongan mahasiswa adalah golongan intelektual yang mempunyai status tinggi dalam masyarakat. Segala tindak tanduk, perilaku serta perkataan yang keluar dari mulut mahasiswa itu mencerminkan tahap keintelektualan mereka.

Mahasiswa Pro-Aspirasi mengajak para pelajar ke kuliah untuk belajar, bukan ke jalan raya, ini kerana Aspirasi percaya ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke menara gading mendoakan kejayaan anak-anak mereka dan kejayaan ini tidak mungkin dicapai sekiranya mereka saban hari diheret ke jalan raya. 

Mahasiswa sepatutnya berubah sesuai dengan era semasa. Mereka mempunyai banyak platform untuk melahirkan pandangan melalui percambahan minda. Mereka tidak perlu kembali ke era 70an sebagai wadah perjuangan dengan menjadikan jalanraya sebagai satu usaha untuk mencapai cita-cita mereka.

Kecemerlangan akademik, kebajikan mahasiswa, pembangunan sahsiah, infrastruktur yang lengkap dan meningkatkan keboleh pasaran mahasiswa antara manifesto yang dicanangkan oleh Pro-Aspirasi yang menggalakkan mahasiswa supaya lebihkan menuntut ilmu dari berpolitik di dalam kampus.

5 IPTA telah dimenangi dengan mudah oleh Pro-Aspirasi dengan membawa manifesto yang sama. Lagi 15 IPTA akan diketahui selepas 25 September ini kerana Pilihanraya Kampus hampir ke penghujungnya.

Segala manifesto yang dibentangkan oleh kumpulan Pro-Aspirasi dari seluruh IPTA petang semalam adalah untuk keperluan mahasiswa yang perlu diperjuangkan melalui kaedah diplomasi dan bukan berdemonstrasi jalanan sebagaimana yang dilakukan kumpulan lain.

No comments:

Post a Comment

comment please.....