Konco-konco ku

Thursday, September 13, 2012

PERKARA SUDAH DIJANGKA!! INTER-FAITH RELIGION DESAK SEKOLAH AJAR SUBJEK SEMUA AGAMA!!

"INTER-FAITH GROUP WANTS ALL RELIGIONS TAUGHT IN SCHOOLS." Perkara yang kita dah jangka dari dulu lagi sejak penubuhannya di Malaysia. Bukan bersikap rasis, hanya melontarkan pendapat dan penyambung buah fikiran dari blog sahabat Be Da Man

Cantik sikit kau nak bagi desakan secara halus pada kerajaan Islam Malaysia ni. Aku tak bercakap lagi soal bangsa Melayu kali ini sebab Melayu itu dah tentu berpecah belah kerana kebobrokan pemimpin masing-masing. Kat sini aku nak cakap soal Islam. Perpaduan Islam yang pernah dilaungkan oleh segelintir pemimpin yang dahulunya pernah muncul dengan slogan "Membangun Bersama Islam".

Kini apa sudah jadi dengan slogan yang mengajak semua umat Islam bersatu hati membina negara bangsa yang mengutamakan agama Islam sebagai jalan kehidupan? Di manakah suara-suara orang ini yang semakin sepi dihimpit oleh golongan edorgan menghancurkan kesucian Islam? Sunyi....

Negara ini negara Islam dan negara berdaulat kerana pemimpin tertinggi tetap Sultan Melayu yang beragama Islam. Malah, majoriti penduduk yang beragama Islam, aku tak cakap bangsa Melayu masih lagi utuh dengan pendirian mengikut ukuran Islam walaupun ada segelintir yang agak terpesong.

Jika benar hendak diwujudkan matapelajaran agama-agama lain di sekolah adakah cukup pelajarnya? Seperti kata Be Da Man, "Aku bagi satu senario , semasa kelas utk subjek agama ,masing2 bepecah mengikut penganut. Katakan satu kelas ada 40 pelajar 24 beragama Islam, 8 buddha,4 hindu, 2 sikh dan 2 kristian . Jadi seorang guru pendidikan Islam dibebani dgn tugas mendidik 24 pelajar dan seorang guru pendidikan kristian dan sikh mendidik 2 orang pelajar. Gaji bayar sama je beb, jadi apa cerita ni ?".

Hah! Apa cerita ni beb? Takkan guru yang mengajar agama lain tu sama bayaran gajinya sedangkan yang mengajar agama Islam dibebani dengan tanggungjawab yang lebih besar. Fikirkan secara logik bukan dengan membuta tuli.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...