Konco-konco ku

Tuesday, September 18, 2012

HIMPUN BERMINAT GABUNGAN PAS UMNO TOLAK FILEM HINA NABI


SHAH ALAM – Himpunan Sejuta Umat akan menyertai Umno dan Pas, bergabung menentang penerbitan video Innocence of Muslims sebagai tanggungjawab orang Islam.

Pengerusi Bersama Himpun, Dr Yusri Mohamad berkata, beliau secara peribadi bersetuju dengan perhimpunan yang bakal dilakukan merupakan perkara yang ditunggu umat Islam.Beliau turut memuji usul kedua-dua parti politik itu yang sanggup ketepikan ideologi mereka demi menyelamatkan maruah agama.

“Saya amat bersetuju dengan cadangan ini dan mengalu-alukan agar ia segera dilaksanakan.“Ia sangat penting bagi kita memelihara kesucian agama Islam daripada terus dihina oleh masyarakat dunia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Yusri berkata, sepatutnya perkara itu dilakukan lebih awal agar Umno dan Pas duduk bersama membincangkan isu tersebut.

Menurutnya, hasrat murni kedua-dua parti itu akan didukung dan disokong sepenuhnya dalam menghalang perkara tersebut terus disiarkan dalam Youtube.“Isu yang berkaitan agama Islam tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam.

Kita mahu mereka tahu kita serius apabila melibatkan penghinaan terhadap Islam.

“Malah kami bersedia bila-bila masa untuk berhimpun. Jika ia dilakukan jam 12 tengah malam sekalipun, kami sanggup,” katanya.-SH

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...