Konco-konco ku

Saturday, September 22, 2012

GEMPAR!! @MALAYSIAKINI TERIMA SUMBANGAN #SOROSFUND UNTUK HANCURKAN MALAYSIA


Ura-ura menyatakan portal Malaysiakini yang pro kepada Pakatan Haram telah menerima dana dari luar telah terbukti dengan pengakuan dari bekas Pengarang Berita Malaysiakini bahawa portal Malaysiakini sememangnya menerima dana dari George Soros yang di kenali sebagai penyangak mata wang.

PETALING JAYA 21 Sept. - Wartawan veteran YL Chong meletak jawatan sebagai Pengarang Berita Malaysiakini lebih sedekad yang lalu kerana pengurusan portal berita itu enggan mengakui menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.  
"Saya minta Malaysiakini 11 tahun lalu supaya berterus-terang dan tidak menyembunyikan maklumat seumpamanya daripada pelanggan dan pembaca kami.  
"Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana saya sudah tidak sealiran dan tidak boleh menyembunyikan kaitan (Malaysiakini) dengan Soros," katanya kepada The Star di sini hari ini.  
Chong menegaskan, beliau tidak menentang penerimaan dana asing tetapi hendaklah berterus-terang selepas menerima wang tersebut.  
"Namun saya percaya pada etika kewartawanan, terutama tatkala Malaysiakini mengisytiharkan dirinya sebagai mempromosikan ketelusan dan keterbukaan," kata beliau.- UM

Apa yang di maklumkan oleh bekas Pengarang Berita Malaysiakini ternyata ketidak telusan  Pengurus portal Malaysiakini yang sebelum ini mengakui berpegang pada ketelusan dan keterbukaan.

Kini telah nyata bahawa portal Malaysiakini merupakan alat yang di pergunakan George Soros bagi meneruskan agendanya untuk menghuru harakan Malaysia dengan berita yang di putar belit oleh portal Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...