Konco-konco ku

Monday, September 10, 2012

ANWAR NAIK BAS MEWAH, RAKYAT SELANGOR SENGSARA NAIK BAS BURUK


Beruntung Anwar.. Walaupun dah letak jawatan jadi Penasihat Ekonomi Selangor, tapi Khalid pandai bodek bos dia lalu dibelikannya sebuah bas eksklusif untuk Anwar berkempen. 

Setelah hampir 4 tahun memerintah Selangor dan segala macam aset Selangor telah dijual, maka tidak mustahil Khalid mampu membelikan sebuah bas yang akan digunakan oleh Anwar dan parti nya berkempen menjelang PRU13 akan datang.

Tapi JB rasa simpati dengan rakyat Selangor yang tidak berkemampuan. Walaupun bekerja kuat mana pun tidak mampu membeli sebuah kereta waima sebuah motosikal sekalipun. Kenapa Khalid tak belikan bas baru untuk rakyat Selangor?



Memang Selangor negeri termaju dengan beribu peluang pekerjaan dan ramai juga perantau-perantau yang mencari rezeki di sini. Malah tidak salah jika JB katakan di bandar-bandar besar di Selangor punyai sistem pengangkutan yang canggih seperti Rapid KL, Monorel, Komuter dan berbagai lagi.

Namun pernahkah Anwar atau Khalid menjenguk di kawasan perkampungan seperti di Kuala Selangor, Sabak Bernam ataupun Hulu Selangor? Kehidupan memang tidak berapa daif tetapi yang daif adalah bas nya yang tidak pernah ditukar.

Alangkah eloknya jika Khalid memikirkan dahulu rakyat dengan menyediakan bas-bas baru untuk orang kampung seperti kami ini. Kalau tak dapat bas dua tingkat, bas setingkat pun jadilah buat selesa perjalanan kami pergi dan balik ke pekan.

Kerajaan apakah ini yang mementingkan peliwat lebih dari rakyat nya? Fikirkanlah.

2 comments:

  1. Salam tuan mohon paut link kami dari Sarawak, sibuti-selamanya.blogspot.com.
    Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    Biasalah buat kerja syok sendiri....

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...