Khalid Gagap merangkap Menteri Besar Selangor (6 bulan lagi bersara), masih berdegil tidak mahu meluluskan pembinaan projek empangan Langat 2 di Hulu Langat, Selangor semata-mata kerana ego dalam berpolitik dan mengenepikan nasib rakyat Selangor.
Walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin akan mengeluarkan tawaran tender pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 kepada Kerajaan Negeri Selangor, kempimpinan Khalid khususnya Xavier tetap dengan pendirian yang telah dipersetujui oleh mesyuarat exco Negeri Selangor yang tidak akan membenarkan pembinaan loji itu di Selangor.
Kita dapat lihat betapa angkuh dan sombongnya barisan pemimpin pakatan yang sanggup menggadaikan nyawa dan harapan rakyat Selangor demi kepuasan politik masing-masing. Jika perkara ini berterusan dan kerajaan Selangor tetap dengan keputusannya, kita boleh anggap sahaja yang pada tahun 2014 Negeri Selangor yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi akan mengalami bencana besar ketiadaan air bersih.
Fikirkan dan pilihlah mana yang terbaik. Jangan sebab air percuma yang tidak semua rakyat Selangor dapat, kita memperjudikan masa depan anak cucu kita. Ubahlah.
Esok Selasa jam 9pg. Seramai 683 pengguna Air Selangor akan memfailkan Saman Tuntutan mereka kepada Kerajaan Negeri Selangor di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
tunggu esok kot.....suruh gprs batal niat saman..baru boleh duduk semaja merundingkan semula projek langat 2 dan serta minta projek directly ke anak syarikat kroni....
ReplyDelete'projek langat 2 ..tu projek bekal air bersih utk masa jangka panjang..tapi khalid tak luluskan...
ReplyDeletekerna dikelilingi pihak yg tak reti akan kebaikan
dan keperluan projek ini kpd pihak mereka'...
'lagipun usia pr kat negeri selangor sepenggal jer...lepas pru13 nanti Bn berkuasa semula..
buatlah apa yg tertangguh sebelumnya'....:exco