Konco-konco ku

Wednesday, September 19, 2012

DISEBALIK AGENDA YAHUDI AMERIKA MENGHURU-HARAKAN DUNIA ISLAM


Mudahnya mereka mempersenda Rasulullah SAW

Mereka pastinya tidak akan berhenti di sini. Mereka akan teruskan kerja jahat merosakkan apa yang Allah telah sediakan untuk sekelian manusia. Itu memang kerja Yahudi. Setelah kaya raya hasil komplot jahat dan konspirasi berterusan, kini mereka menyerahkan nyawa dan segalanya kepada Iblis yang telah membantu mereka untuk menjadi "raja" di atas muka bumi ini.

Pendustaan demi pendustaan telah meledak. Usaha mengaibkan Rasulullah SAW dan Islam adalah merupakan kemuncak kepada segala-galanya. Mereka tentunya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam apa sahaja bentuk sehingga berjaya menipu umat manusia seluruhnya sebelum munculnya Dajjal Laknatullah. 

Setelah gagal mencetus kekacauan besar melalui beberapa siri keganasan di Aghanistan, Pakistan dan Negara2 Arab, kini mereka mencipta satu lagi punca yang mungkin akan terus mempersibukkan penganut Islam dan mencipa gelombang baru yang bakal mereka angkat sebagai  "Pengganas Pengikut Muhammad". Dalam keganasan ciptaan bentuk baru ini, setiap jari akan dipastikan menuding ke arah Islam. Melabelkan Islam sebagai agama lapuk dan ganas. Muhammad SAW akan dipawagamkan sebagai "Penipu" dan Islam adalah agama "Palsu".

Sekali lagi Islam akan dijadikan mangsa dan Yahudi berharap seluruh Umat Islam akan bangun secara menyeluruh menentang USA (Yahudi membaling batu sembunyi tangan). Akan mudah bagi USA si penjahat itu dipergunakan untuk menekan mana2 negara yang mengancam warganya, tentulah negara Islam. Atas alasan ini, USA akan dipergunakan untuk melaksanakan harapan Yahudi menindas seluruh negara Islam.

Adakah ada rancangan sulit Yahudi untuk mencipta RIOT secara massa di Indonesia antara penganut Islam dan Kristian? Indonesia yang kini sedang hadapi perpecahan hasil serangan dalaman oleh Islam Liberal pastinya memberi kelebihan kepada puak kristian.  Selanjutnya adakah mereka juga akan mencetuskan huru hara baru antara Cina (kristian) dan Melayu (Islam) di Malaysia pula?

Baca seterusnya di SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...