Konco-konco ku

Thursday, September 20, 2012

MISTERI POKOK KURMA 'DIPINDAHKAN' KE KUBUR SEKSYEN 21 TERJAWAB!!!


Apa kejadahnya pokok-pokok kurma yang ditanam pada zaman pentadbiran UMNO-BN di Selangor, dicabut dan kemudian digantikan dengan pokok pinang merah sebagai hiasan tepi jalan?

Pokok-pokok kurma itu, dicabut dan ditanam semula di Kawasan Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.

Apa signifikannya tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Selangor itu? Adakah itu bermaksud untuk menguburkan segala legasi yang ditinggalkan oleh UMNO-BN untuk digantikan dengan kerja sia-sia Pakatan Rakyat di Selangor?

Tidakkah sia-sia apabila pokok-pokok kurma yang hidup subur di tepi jalan, dicabut dan kemudian digantikan pula dengan pokok pinang merah?

Kalau ya pun untuk menanam pokok kurma di Kawasan Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, mengapa Pakatan Rakyat tidak menanam pokok baru? Apa perlu pemindahan pokok-pokok kurma di tepi jalan utama di Shah Alam itu?

Adakah alasan yang bakal diberikan nanti ialah, pokok kurma itu berpotensi untuk tumbang dan kemudian menimpa kenderaan-kenderaan yang menggunakan jalan berkenaan?

Atau sebenarnya ia merupakan satu lagi projek isi kantung dan dana untuk kroni-kroni Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat Selangor? Atau boleh jadi, pokok-pokok kurma itu merupakan ancaman terbesar kepada kewujudan Pakatan Rakyat, memandangkan Pakatan Rakyat tidak pernah berjaya membawa pembaharuan dan pembangunan di Selangor sebagaimana yang telah dilakukan oleh Kerajaan-Kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu?

Cerita seram lanjut di SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...