Konco-konco ku

Friday, July 27, 2012

SHEILA RUSLY KASI AJAR SAMA @abby_abadi112 !!!


Artis wanita khususnya mereka yang membuat keputusan untuk berhijrah dan menukar imej dengan memakai tudung tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.

Golongan tersebut seharusnya yakin dan jitu akan niat utama mereka untuk berhijrah kearah kebaikan dan harus mengelak daripada memberikan kenyataan yang boleh mencemarkan imej mereka selepas membuat keputusan untuk berubah ke arah baik itu.

Pelakon yang juga penerbit drama Sheila Rusly berkata, seandainya ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, individu tersebut harus menerima dugaan tersebut dengan hati terbuka.

“Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah.

“Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.

“Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita,” katanya ketika dihubungi di sini.

Pelakon dan Penerbit eksekutif JS Pictures ini berkata demikian sebagai respons kepada luahan dan rungutan segelintir artis wanita yang bertudung mendakwa kurang mendapat tawaran seperti sebelumnya selepas bertukar imej bertudung dalam masa terdekat.

Malah tambahnya lagi, terdapat sesetengah artis yang tergamak memberi kenyataan sinis dengan memburuk-burukkan pihak tertentu selepas menukar imej tersebut dengan menekankan bab Politik dalam negara. - MPP

5 comments:

  1. ramai penyokong2 sebuah parti pembangkang yg menganggap parti mereka tu agama islam....ramai rakyat malaysia yg beragama islam di tipu dgn mengatakan undi parti mereka masuk sorga.....pemimpin mereka kata "setiap ayat quran tu politik?????memang sesat puak2 ni.....tapi penyokong2 totok ni memang buta lagi baral....dah kena klentung pun puak2 ni masih kata ulamak terompah ni betul seolah2 tabsub...sah lah puak2 ni memang sesat lagi menyesat....tak apa lah tunggu le balasan dari tuhan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. suke ati lu je ckp parti gua sesat!parti lu buat konsert kpop x sesat lak kan,cam bagus je lu punye komen.igt klu sokong parti lu boleh masuk syurge la?bini pemimpin lu pun x tutup aurat,camne nak bawa lu masuk lu masuk syurga.

      Delete
  2. pakai tudung baru sehari dua dah menunjuk lagak ngalahkan guru pondok bertahun , cakap sunnah dosa pahala ...konon artis BN sesat menyesatkan , dia saja yg betul sbb dah masuk pas !

    tak payah cakap banyak , tengok je kening abby tu cukur ke tak ? itu ke orangnya yang galak cakap sunnah dosa pahala orang ? cittt .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. abby ikut ustazah masitah leh cukur kening.

      Delete
  3. aBBY perlu tunjuk akhlak dengan berkata-kata sopan.jauhkan perkataan yg boleh menyinggung hati sesama kita rakyat senegara malaysia. kita di malaysia bertelagah sana-sini.walhal kita kalau dah di luar tapi jumpa rakyat malaysia kita akan saling sokong menyokong. kerana apa?kat negara luar org luar x sokong bangsa kita,tapi hanya kita. Peliknya di negara bertuah ini kita sesama bangsa BERTELAGAH?apa untungnya pada masa depan kita. fikir-fikirkanlah

    ReplyDelete

comment please.....