Konco-konco ku

Monday, July 2, 2012

PAKATAN SELANGOR SELEWENG DUIT RAKYAT!! PEGAWAI PENYELARAS PULA KENA PECAT!!!


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sememangnya penuh dengan korupsi dan penyelewengan kuasa. Walaupun dari semasa ke semasa, kepimpinan Pakatan Rakyat cuba menggambarkan yang mereka sangat bersih, hakikatnya pelbagai skandal dan penyelewengan yang berlaku di Selangor tidak lagi dapat disembunyikan.

Dari sekecil-kecil penyelewengan, sehinggalah melibatkan ratusan juta ringgit, para pemimpin Pakatan Rakyat, berebut-rebut hendak merompak dan menjarah negeri Selangor. Gelagat mereak seolah-olah Pakatan Rakyat Selangor sudah sedar yang mereka tidak mempunyai peluang untuk terus menguasai Selangor selepas PRU13 nanti.

Terbaru, pada 25 Jun lalu, tidak sampai seminggu selepas pendedahan tentang perangai hodoh Faekah Husin, SETPOL Menteri Besar didedahkan oleh portal ini, seorang lagi pemimpin kecil PKR di Selangor telah dikesan melakukan penyelewengan yang boleh memalukan PKR dan Pakatan Rakyat.

Penyelaras PKR DUN Sementa, Hj. Mohd Bakhir bin Abdul Wahab telah menerima sepucuk surat dari Pejabat Menteri Besar Selangor. Surat tersebut antara lain menyatakan, khidmat Hj. Mohd Bakhir selaku Penyelaras PKR DUN Sementa ditamatkan serta-merta kerana terdapat kelemahan memantau program JOM SHOPPING.

JOM SHOPPING merupakan program pemberian kupon RM100 kepada warga emas di Selangor dalam usaha PKR dan Pakatan Rakyat mengambil hati pengundi-pengundi tua. Walaupun terdapat terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam program berkenaan, terutama sekali pembabitan tempat membeli belah tertentu selain pendaftaran dengan Pusat-Pusat Khidmat Pakatan Rakyat di setiap DUN yang menimbulkan banyak rungutan berikutan penggelapan kupon-kupon terbabit.

Itu yang berlaku kepada Hj. Mohd Bakhir. Hj. Mohd Bakhir yang juga merupakan bekas Ketua Cabang Kapar telah melakukan penyelewengan kupon JOM SHOPPING berjumlah RM8200. Biarpun jumlahnya agak ‘kecil’ tetapi jumlah warga emas yang teraniaya adalah 82 orang.

Disebabkan bimbang sekiranya penyelewengan JOM SHOPPING di seluruh Selangor terbongkar dan terhidu oleh media, kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat Selangor, cuba bertindak pantas menutup keaiban berkenaan.

Pada 16 Jun lalu, dua orang Penyelaras DUN PKR juga telah dikenakan tindakan disiplin kerana menyelewengkan kupon-kupon JOM SHOPPING.

Sumber: Sel13.com

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...