JOHOR BAHRU – MCA menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat meninggalkan Umno dan menyertai Pas jika ingin melaksanakan hukum hudud di Johor seperti yang dicadangkan beliau.
Setiausaha Penganjur Nasional MCA, Datuk Tee Siew Keong berkata, Ayub seharusnya lebih sensitif mengenai pendirian MCA berhubung perkara terbabit sebelum melontarkan ideanya.
“MCA percaya bahawa ini adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian Umno atau Barisan Nasional.
“Jika beliau serius mahu hudud dilaksanakan di sini, mungkin dia harus meletak jawatan dari Umno dan seterusnya menyertai Pas,” katanya pada sidang akhbar di Kelab Media Cina Selatan di sini, hari ini.
Siew Keong berkata, pandangan Ayub tidak mencerminkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hukum hudud belum boleh dilaksanakan kerana kepelbagaian kaum dan berbilang agama di negara ini. - SH
Kadang-kadang jiwa ni tertanya-tanya juga kenapa semenjak dua menjak ni MCA sudah menjadi seakan DAP yang begitu takutkan dengan hukum hudud yang dibawa PAS pada mulanya. Adakah MCA sudah bersepakat dengan DAP untuk menolak dan langkah mayat mereka dulu sebelum laksanakan hukum hudud.
Semalam, Datuk Tee Siew Keong dalam kenyataannya menyebut yang MCA tidak dapat menerima hudud walau dari parti mana sekalipun. Atas kenyataan Adun Kemeloh, Datuk Ayub Rahmat yang ingin melaksanakan hukum itu di Johor.
Bagaikan tersentak apabila takut permuafakatan PAS-UMNO bakal terjadi, MCA menggelabah dengan tindakan Adun terbabit. Bagi JB pula, amat menyokong jika benar UMNO Johor mahu laksanakan dan perkara itu juga turut mendapat respon yang baik dari pimpinan PAS. Jadi tiada masalah yang timbul jika benar hudud terlaksana dan mungkin kita dapat lihat penggabungan semula dua parti Melayu dan Islam terbesar di Malaysia.
Kita boleh lihat yang MCA sebenar sudah mula pijak kepala dan mula menentang segala keputusan yang akan dibuat oleh UMNO. Permainan antara kaum sudah bermula. Mereka bersepakat menolak hudud, kenapa parti keramat Melayu tidak pernah bersepakat? Di mana silapnya kita?
tee siew keong.... anda ada 2 pilihan.
ReplyDeletepilihan pertama, jom masuk Islam. lepas tu barulah kita boleh sama2 cakap pasal Islam
pilihan kedua, boleh kekal jadi kafir... tapi jadilah kafir zimmi (kafir yang menghormati Islam).. jangan jadi kafir harbi kalau tak nak kami perangi anda
hudud wajib bagi diriku
ReplyDelete