Konco-konco ku

Wednesday, September 12, 2012

USTAZAH EKSPRESS BUKAN TIKET UNTUK ABBY FATWAKAN HUKUM ISLAM


Sejak Abby Abadi menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup, dia begitu “laris” dan mendapat begitu banyak jemputan dari pak-pak lebai PAS yang mahukannya hadir di majlis-majlis keraian mereka.

Mungkin itu adalah salah satu perubahan besar yang dapat dilihat setelah Abby menyertai PAS berbanding artis sebelumnya, Aishah, yang dilihat semakin kurang sambutan dan tidak mendapat permintaan sehangat Abby Abadi.

Setiap kali di atas pentas PAS, terbeliak biji mata pak-pak lebai PAS tidak berkedip memberi tumpuan penuh terhadap “ustazah segera PAS” itu sehingga tidak menyedari air liur mereka meleleh berjurai hingga ke lantai!

Mungkin kerana itulah Abby begitu teruja apabila begitu berani mengeluarkan fatwa-fatwa karutnya setiap kali berceramah di pentas PAS, kononnya fatwa-fatwanya itu diminati ramai dan direstui dari pucuk pimpinan “agama baru”nya itu…

Terbaru di sebuah majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Ampangan, Negeri Sembilan, Abby dilaporkan telah mengeluarkan fatwa terbarunya lagi berkenaan aurat dan syarat-syarat menjadi wali pernikahan.

Kata Abby…


Saya tertanya-tanya, dari manakah Abby dapatkan fatwa sebegitu “hebat”? Sejauh manakah ilmu Abby berkenaan syarat-syarat untuk menjadi wali pernikahan umat Islam?

Sebenarnya, saya belum pernah terdengar mana-mana ustaz, ulama mahupun kitab yang menerangkan bahawa lelaki yang pernah memakai seluar pendek di atas paras lutut (tidak menutup aurat), maka lelaki itu tidak boleh jadi wali seumur hidup..?!

Untuk pengetahuan Abby, Islam menggariskan bahawa syarat sah seorang wali itu terdiri dari enam perkara iaitu beragama Islam, baligh, berakal iaitu tidak gila, tidak mabuk atau tidak waras, berjantina lelaki, adil dalam perlakuan dan merdeka dari sebarang perhambaan.

Saya tidak pernah pula dapat tahu bahawa seorang lelaki yang mendedahkan auratnya sebanyak tiga kali dikatakan tidak layak menjadi wali memandangkan syarat Abby itu tidak pernah termaktub di dalam kitab fiqh yang muktabar.

Sewajarnya puak-puak PAS, khususnya dari kem para “muslimut” parti itu memandang berat “fatwa” yang disampaikan oleh “ustazah Abby” ini memandangkan ia sangat bercanggah dari ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Lagipun, ilmu Abby itu tidak seberapa untuk memberikan fatwa kepada umum masyarakat Islam dan saya khuatir sekiranya umat Islam akan terkeliru dengan perbezaan fatwa di antara agama Islam dengan fatwa “agama PAS”.

Abby perlu dipantau seketat-ketatnya oleh para muslimut PAS dari terus menjadi “bahan” lekaan pak-pak lebai yang semakin ghairah melihat “bekas artis” itu menayangkan keayuannya di depan suami-suami mereka sedangkan dia hanyalah “tong kosong” yang berbunyi sumbang.

Saya tidak kisah sekiranya Abby berceramah di jutaan pentas PAS sekali pun. Namun PAS perlu ingat bahawa untuk membenarkan seorang yang “jahil murakkab murakkabun” menyampaikan amanat parti itu mampu menyebabkan PAS tumbang dan parah pada PRU ke-13 ini.

Seharusnya PAS mencari seorang artis yang lebih berilmu, bijak dan lebih hebat “aura”nya berbanding Abby dari terus membiarkan janda Norman Hakim itu menjadi liabiliti kepada PAS di kemudian hari.

Seperkara lagi, sekiranya ada majlis PAS yang mengundang Abby untuk berceramah di pentas, tolonglah sediakan tisu atau sapu tangan buat pak-pak lebai PAS yang hadir memandangkan buruk benar sekiranya air liur mereka itu terbiar tidak dikesat sebaik mungkin, kan? - MyKMU

2 comments:

  1. abby...abby....kenape la hang nk wat kerja tuhan ni...bleh jd syirik tau...dosa yg tidak di ampunkan...ish..ishh..kite smua xtau pengakhiran kite camne....org islam belum tentu masuk syurga.. syurga pun dgn rahmat ALLAH...cari lah bagaimana nk dpt rahmat ALlLah...mungkin tanda akhir zaman....islam bagai buih di lautan...smua mengaku islam...tp IMAN nye bagaimana???? kalo kite bersandarkan pada kata2 ustaz udah jd Iman taklik..iaitu kite percaya pd kate2 ustaz..wajarlah rujuk kpd Alquran dan hadis..

    ReplyDelete
  2. cakap memang mudah abby, esok2 anak kamu sapa yg nak walikan? norman hakim duda kamu tu pernah tak sampai tiga kali mendedahkan lutut di khalayak ramai? kamu nk walikan sendiri agaknya. tp masa kamu tak pakai tudung dulu tak lebih tiga kali ke? jgn sesuka hati mengeluarkan hukum, mendustakan hukum boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka...

    ReplyDelete

comment please.....