Konco-konco ku

Tuesday, September 11, 2012

GEMPAR!! MANOHARAN DAP MULA SOUND PAS DAN NASHARUDIN MAT ISA!!


SHAH ALAM: DAP memberi amaran kepada Nasharudin Mat Isa supaya tidak mengheret parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan) lain berkaitan isu-isu dasar yang tidak dipersetujui dalam PAS.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, M. Manoharan berkata tindakan sedemikian hanya akan memburukkan imej parti itu sendiri.

"Saya rasa Nash (Nasharudin) tidak perlu menyentuh tentang hal-hal DAP atau PKR..dia boleh sentuh hal-hal dalaman PAS itu dia punya suka..pimpinan PAS boleh mengambil tindakan keatas beliau sebab DAP tidak boleh mengambil tindakan terhadap Nash, dia bukan ahli parti kita.

"Tetapi apa yang kita minta itu sesuatu parti dalam Pakatan Rakyat tidak boleh mengheret parti lain ke dalam masalah mereka ataupun kutuk dan kritik parti-parti Pakatan Rakyat itu saya rasa tidak senonoh dia punya semangat perjuangan," katanya kepada Antarapos.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah menjelaskan bahawa Pakatan tidak pernah menyekat mana-mana pemimpin untuk mengeluarkan kenyataan tetapi perlu beretika.

"Walaupun kita menghormati kebebasan bersuara tetapi ia mesti terhad kepada parti mereka..itu pandangan saya," ujarnya.

Ditanya sama ada Nasharudin akan menjadi "bebanan" kepada Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang, beliau menafikannya.

"Saya rasa Nasharudin tidak akan jadi bebanan yang besar sebab di Parlimen (Bachok) pun, pencapaian Nasharudin tidak begitu ketara, dia diam sahaja..tidak begitu menonjol di kalangan Ahli Parlimen PAS yang lain..jadi saya rasa dia tidak akan jadi satu ancaman kepada Pakatan Rakyat," jelasnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada semalam mengesahkan Nasharudin kekal sebagai Ahli Majlis Syura Ulama dan tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap beliau.

Suasana kurang senang tercetus apabila Nasharudin dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah bulan lalu.

Ahli Parlimen Bachok itu turut mencadangkan agar PAS keluar segera dari Pakatan kerana DAP dan Karpal Singh secara konsisten menolak cita-cita PAS menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. - AntaraPos


1 comment:

  1. SiKeling ini...tak payah mengajar Ustad Nasha.. selama ini dia hanya bercakap kepada ahli Pas dan kepimpinan Pas saja,, walaupon tidak dipedulikan malah ditekan olih Nik Aziz dan diasingkan olih puak liberal abim Pas...
    Sudah tiba masanya Ustad nasha bercakap pada orang yg sudi mendengar iaitu Rakyat Islam Malaysia..perkara yg benar...
    Meletakkan Islam melebihi mursidul dan Presiden Pas.. ada level yg tinggi dari alim ulama Pas yg bukan konon kononnya..

    ReplyDelete

comment please.....