Konco-konco ku

Thursday, August 2, 2012

PEMIMPIN PAS KEDAH TIDAK SUKA MAT SABU BERTANDING DI PENDANG!! KONSPIRASI PAKATAN!!


Pendang jadi mangsa, jadi kambing hitam, kononnya kawasan sasaran untuk melaga-lagakan sesama pimpinan PAS.

Tetapi hakikatnya ia dilakukan dipercayai ada kaitan dengan isu pembelian 500 ribu unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat kerajaan negeri, PKNK yang mencetuskan kontroversi beberapa minggu lalu.

Untuk menutup pekung yang terdedah, maka isu baru ditimbulkan dengan harapan rakyat akan lupa dengan isu lama.

Inilah penyakit PAS Kedah yang terpaksa membuat isu baru semata-mata menutup mulut rakyat dari terus membicarakan kelemahan PAS Kedah di bawah pimpinan Ust. Jijan.

Apakah slogan 'PAS Ganti Umno' benar-benar jadi kenyataan?

PAS negeri seharusnya berbangga kerana Timbalan Presiden mereka yang pernah sepenggal menjadi ahli parlimen Kuala Kedah pada 1999-2004 sekali lagi berminat untuk bertanding di negeri jelapang padi itu.

Walaupun berasal dari Pulau Pinang, Mat Sabu sangat konsisten dengan perjuangannya menentang Umno tidak seperti timbalan presiden sebelumnya yang sangat-sangat mahu berpeluk dengan parti yang menyayangi komunis itu.

Maka tidak hairanlah mengapa Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berkata beliau masih belum menerima maklumat mengenai dakwaan bahawa timbalan presidennya Mat Sabu dihalang daripada bertanding di kawasan parlimen Pendang di Kedah.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa calon untuk kerusi selamat PAS itu, seperti juga untuk kawasan lain telahpun diputuskan.

"Tapi kita belum umumkan lagi, semua calon kita belum umum lagi. Walaupun kita putus, kita tidak umum," katanya apabila ditanya mengenai calon yang diputuskan untuk kawasan tersebut.

Ditanya lanjut mengenai dakwaan bahawa wujudnya usaha untuk menghalang Mat Sabu daripada bertanding di Pendang, Mustafa Ali berkata perkara itu juga hanyalah satu "PERMAINAN BLOG".

"Saya pun tak terima apa-apa lagi, jadi bagi saya itu cuma permainan blog," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Ditanya mengapakah kerusi parlimen Pendang begitu menarik minat di kalangan penulis blog tersebut, Mustafa berkata kerusi lain juga turut menimbulkan perhatian.

"Yang blog main itu bukan itu saja, yang lain pun dia main juga," katanya yang menambah beliau belum menerima apa-apa maklumat berhubung dakwaan melibatkan usaha untuk menghalang Mat Sabu di Kedah.

"(Maklumat) yang sampai pada saya belum ada lagi, tak ada (usaha seperti itu)," katanya lagi.

Isu berkenaan juga mendapat perhatian setiausaha politik kepada menteri besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini yang menyifatkan perkara itu sebagai satu perkara yang direka-reka.

Muhammad Sanusi percaya bahawa perkara itu sebenarnya ditimbulkan untuk memulakan proses mencantas pemimpin tertentu dalam PAS Kedah.

"Orang yang membangkitkan kes itu kepada Malaysiakini sengaja mereka-reka cerita untuk memulakan cerita baru – mengadakan cerita cantas untuk memulakan proses mencantas."

Beliau menyalahkan golongan yang ghairah untuk membawa Mat Sabu bertanding di Kedah – di kawasan parlimen Pendang – sebagai kumpulan yang bertanggungjawab menimbulkan perkara itu.

2 comments:

  1. Hahahahaa....Mat sabu menyemak jer laa..pencen lagi baik...Dosa pun dah makin banyak !!

    ReplyDelete
  2. Cubaan menyebarkan Syiah di Malaysia.

    ReplyDelete

comment please.....