Konco-konco ku

Sunday, July 1, 2012

KERAJAAN DIGESA TANGGUH OPERASI LYNAS ELAK PERBALAHAN POLITIK



Kilang Lynas di Gebeng, Kuantan iaitu kilang memproses nadir bumi yang menjadi antara keperluan paling penting di dunia hari ini bagi penghasilan barangan berteknologi tinggi, masih lagi menjadi kontroversi.  

Tidak keterlaluan jika dikatakan Lynas menjadi mangsa politik pihak pembangkang yang ketandusan isu.  Tidak mengejutkan juga jika Lynas menjadi mangsa percaturan pihak luar untuk memastikan Malaysia tidak mampu memecahkan monopoli pemrosesan nadir bumi oleh negara China.   

Setakat hari ini, kesemua pakar-pakar, pertubuhan-pertubuhan berkenaan atom dan nuklear antarabangsa serta jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menilai tahap keselamatan Lynas telah sepakat menyatakan bahawa kilang tersebut selamat.   Bukan itu saja, malah infrastrukturnya juga disahkan sebagai jauh lebih canggih dari kilang-kilang yang sama dengannya, di negara maju.  

Namun, pihak pembangkang yang memakai penyamaran ‘pencinta alam’ tetap berdegil menolak keputusan tersebut.  Sebaliknya, mereka terus berhujah menyatakan Lynas adalah tidak selamat dan terus melaung-laung kata-kata ini tanpa berasaskan apa-apa bukti.  

Sedikit sebanyak, hujah mereka berjaya menimbulkan keraguan di kalangan rakyat sekitar Indera Mahkota dan Kuantan.   Dan sudah tentulah kita tidak mahu rakyat walau di mana jua merasa ragu-ragu walaupun sedikit dalam hal ini.  

Oleh itu, kita lihat tidak ada salahnya jika kerajaan mengambil sedikit masa untuk memberi ruang kepada rakyat meneliti isu ini dengan lebih mendalam.  

Tidak menjadi satu kerugian jika kerajaan mengarahkan Lynas agar menangguhkan operasi sehingga keadaan benar-benar tenang.  Atau dalam erti kata lain, hanya meminta mereka berhenti sejenak dan bukannya berundur ke belakang mahupun membatalkan terus.  

Tidak boleh dinafikan bahawa penduduk-penduduk sekitar kilang tersebut sedikit sebanyak tetap mengalami kesan psikologi akibat dihasut dan disogok dengan berbagai versi mengenai Lynas oleh pihak pembangkang.  

Oleh yang demikian, kita perlu bijak mengambil langkah untuk menjelaskan dan benar-benar meyakinkan mereka mengenai bukti-bukti saintifik yang menunjukkan Lynas adalah selamat.  Ini boleh dilakukan dengan mengadakan sessi penjelasan dan penerangan secara berperingkat di kalangan penduduk setempat.  Selain itu, rakyat juga perlu diberi akses mudah untuk mencari maklumat tepat mengenai Lynas agar mereka tidak merasa tertipu.  

Hanya dengan cara ini maka kontroversi Lynas dapat dihentikan sama sekali.  Kita tidak mahu apabila beroperasi nanti, Lynas masih mengalami gangguan dan masih dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang gila publisiti dan mempunyai agenda-agenda tertentu.  

Dengan ini, kita percaya, menangguhkan operasi Lynas adalah tindakan yang sebaik-baiknya untuk kerajaan, negara dan juga rakyat. 

2 comments:

  1. Kerajaan kene bertegas dalam hal ni bro, takkan kerana tekanan puak2 segelintir yang salah ni kerajaan terpaksa tunduk lagi, nanti kepala kerajaan akan dipijaknya, dan berbagai peluang diberi, mereka sebolehnya mau projek ini dibatalkan, jadi kerajaan perlu teruskan dengan keputusan TOL dulu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong pendapat saudara dan saya fikir sudah sampai masanya kerajaan bersikap tegas. Masaalah sikap sememang amat sukar untuk diatasi. Pakar telah menjamin keselamatan projek tersebut, dan tidak sepatutnya ditangguhkan lagi. Kta harus pandang ke hadapan betapa ruginya negara dan masyarakat setempat sekiranya ia ditangguhkan. Soalnya ialah keselamatan sudah dijamin dan projek sedang berjalan, perlu apa kah ditangguhkan lagi?

      Sudah menjadi tabie semula jadi maknusia akan membantah sesuatu kebaikan yang hendak dilaksanakan. Sebagai contoh topi keledar, sebelum peraturanya dikuatkuasakan, masyarakat semua marah dan bantah. Lebih buruk lagi tuduhan saperti komisyen pehak pehak tertentu keatas penjualanya sekiranya ia dilaksanakan. Setelah perlaksanaan berjalan, tidak ada lagi suara suara sumbang, malah terasa gondol pula dikepala sekiranya menunggang motosikal tanpa topi keledar.

      Just look on the better side of the issue. Saya percaya bantahan yang dilakukan punyai agenda tertentu untuk kaum tertentu.

      Delete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...