Konco-konco ku

Wednesday, March 28, 2012

YB SALLEH MAN RAKAN BAIK UMNO PERMATANG PAUH!!



Foto-foto itu menunjukkan Salleh Man, ADUN Permatang Pasir yang juga merupakan satu-satunya pemimpin PAS yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri kelihatan bersama pemimpin-pemimpin UMNO Permatang Pauh.

Semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir, Anwar Ibrahim pernah berjanji kepada penduduk setempat bahawa Salleh Man akan dilantik menjadi YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Tetapi seperti biasa, Anwar Ibrahim telah membohongi rakyat Permatang Pasir dan Salleh Man tidak dilantik sebagai YDP MAIPP.

Malah, Lim Guan Eng DAP tidak memberi ruang sedikit pun kepada Salleh Man di dalam Exco kerajaan DAP Pulau Pinang padahal pakatan haram pembangkang sering melaung-laungkan solidariti sesama mereka.

Konsep seolah-olah tidak memperdulikan kawan yang ditunjukkan oleh Guan Eng DAP merangkap kroni tegar Kit Siang itu jauh berbeza dengan persefahaman yang ditunjukkan oleh kerajaan BN sebelum beliau.

Sumber: EmpayarPemuda

1 comment:

  1. Dia dah tak buleh cari makan dengan Pas lagi..!! hangpa pangkah dia lagi naaa! hangpa pangkah lagi !

    ReplyDelete

comment please.....