CYBERJAYA: Anggota Parlimen kawasan Serdang Teo Nie Ching (DAP) pada Isnin membuat laporan kepada Biro Aduan Pengguna Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung foto dan video lucah yang diterima melalui telefon bimbitnya.
Teo berkata beliau menerima mesej video dan gambar lucah dari individu yang tidak dikenali sebanyak tiga kali iaitu dua MMS pada 19 Mac antara 10.28 malam dan 10.55 malam, dan mesej video selama dua saat pada keesokan harinya.
Katanya gambar dan video berkenaan yang menunjukkan seorang lelaki bogel mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang wanita itu bertajuk 'Anwar Tidak Bermoral' dan 'Anwar Pembohong' Teo berharap SKMM akan segera mengambil tindakan terhadap individu terbabit agar MMS seperti itu tidak tersebar dalam kalangan masyarakat. -BERNAMA
ADIGAN TU BENAR KA PALSU ?? TAK TANYA KA ??
ReplyDelete