Konco-konco ku

Wednesday, March 28, 2012

WORKSHOP ON YOUTH LEADERSHIP IN THE NEW MILLENIUM - KBS


Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan Workshop on Youth Leadership in the New Millenium selama lima hari bermula 19 Mac lalu dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri KBS, Senator Gan Ping Sieu.

Bengkel kepimpinan itu bertemakan Every Youth Is A Leader turut mendapat kerjasama dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Perhimpunan Belia Sedunia (WAY), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kerjasama Belia Asean (CAYC).

Program tersebut melibatkan seramai 50 pemimpin belia dari 15 negara termasuk Malaysia, Bangladesh, Brunei, Jerman, India, Indonesia, Maldives, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Sudan, Thailand, Vietnam, dan Yaman.

Ia bertujuan untuk memeriksa implikasi pendekatan kepimpinan semasa dalam era baru masa kini.

Ping Sieu menegaskan bahawa dunia telah berkembang maju dari era abad ke-20 kepada era abad ke-21 dan senario tidak lagi sama.

“Golongan belia ialah warganegara yang perlu berubah dan berkembang untuk terus bersaing dalam era baru ini,” katanya semasa pelancaran majlis itu di Cheras, baru-baru ini.

Menurutnya, populasi belia yang berumur di antara 15 tahun hingga 40 tahun pada masa ini berada di tahap 42.5 peratus dan dijangkakan akan berada pada tahap 46 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Memandangkan golongan ini menjadi satu entiti yang amat penting, cabaran paling getir untuk pemimpin belia ialah bagaimana untuk mengharungi idealisme belia dan mengimbangkan ia dengan dunia sebenar,” katanya.

Beliau juga berharap golongan belia berada di landasan yang betul sebagai usaha mencipta impak positif ke atas masyarakat serantau era masa kini.

1 comment:

  1. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...