Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada keputusan kali ini akan lebih baik berbanding keputusan 2008.
'Kita sukar untuk meramalkan kerana situasi sekarang tidak seperti sebelum ini yang BN boleh menang dengan selesa pada pilihan raya umum.
''Tetapi saya yakin BN boleh menang tetapi adakah ia lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008 atau memperoleh majoriti dua pertiga adalah satu persoalan yang sukar untuk diramalkan," katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Putrajaya, semalam.
Sebelum ini, bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin meramalkan bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.
"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya lagi.
Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.
"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya.
Menurut Dr Mahathir situasi hari ini, sukar diramalkan kerana wujudnya pelbagai analisis sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.
Menurut beliau, ada sesetengah pihak menyatakan sokongan terhadap BN telah meningkat manakala di sebelah lain pula kata ada banyak rungutan terhadap BN.
Daim, yang juga bekas bendahari Umno pada tahun 2008 telah meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum ke-12 dan perkara itu menjadi kenyataan.
Ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau baru-baru ini, beliau mengakui kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.
Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.
susah mau crita ini kali punya PRU.Anwar sindri round satu malaysia.Cerita agama islam,tokoh2 islam,petik ayat al quran,manyak pandai cerita ini orang.Dia tarak crita,dia konkeng punya jam,dia ada bikin.Dia kuis2 jugak,itu crita.Dia crita agama islam,manyak pandai.Tapi dia tarak crita,dia srupa itu orang agama.Org lain juga crita,dia srupa alim punya orang.Nasib baik itu geng izam sama zulkifli nordin ada bongkar anuar punya crita.Boleh cover ma.Tapi ada satu masalah,pasal ekonomi.Anwar manyak pandai kelentong pasal ekonomi,manyak simple,org manyak paham,billion2 ringgit punya crita, tapi BN apa pun tarak crita.Dulu kita banyak mundur,pinjam world bnk.dulu kita negara pertanian,tukar kpd negara perindustrian.Malaysia jadi maju,KDNK 8%,9% satu tahun.Pakar2 ekonomi memperluaskan pelaburan,cari kekayaan,sebut la nama2 besar.mereka banyak berjasa,mereka kerja kuat.Apa yg rakyat telah kecapi?.Itu jam anwar jaga kewangan srupa cashier kedai runcit.Itu jam jugak,dia cari manyak kawan,tabur wang kasi naik dia punya nama.Atas nama kementerian kewangan lulusan sastera,dunia sudah pandang tinggi sama dia.Maknanya,dia sudah pasang luar punya kaki.Malaysia kaya sbb dia,usaha org lain pandang sepi.Time Krisis ekonomi,dia sudah main jahat,kasi jahanam kita punya negara.Ada ingat itu "curcuit breaker" dia ada cakap.kalau lebih wang kluar negara kasi potong.Sudah angkut,kawtim baru mau ingat potong.itu jam dia ada dlm negara,Tun Mahadthir ada oversea.Jaga bank negara ada crita,lori kuar masuk bank negara stering sebelah kiri.Mana dia wang sudah bawa lari,Orang kl banyak tahu crita woo....lagi lu org sambung la..
ReplyDelete