Isu murtad kembali mengambil tempat di hati gusar JawaBernam. Nak kata baik tidaklah berapa tapi sebagai seorang muslim di Malaysia yang bimbang dengan trend anak muda sekarang amat merisaukan jiwa dan naluri JawaBernam. Dalam keadaan menaip ini pun sebenarnya jari terketar-ketar menahan marah. Tidak menyalahkan Kristian itu sendiri kerana JawaBernam sedar yang hidup di Malaysia ini harus ada tolak ansur serta rukun dan damai antara berbilang bangsa dan agama. Tetapi janganlah Melayu dan Islam hingga ditolak beransur-ansur.
Ingat lagi kes DUMC? Kalau samar-samar atau lupa terus bolehlah tanya sama itu Pak Google. Isu ini sebenarnya tak habis begitu je. Percayalah akan ada lagi pendedahan yang dibuat oleh Pak Hasan terhadap aktiviti memurtadkan orang Islam di Tanah Melayu ini. JawaBernam bukan nak berlagak alim atau pandai tetapi JawaBernam percaya yang sehingga kini gerakan-gerakan mubaligh kristian untuk memurtadkan orang Islam terus berjalan. Dimulakan dengan negeri Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor. Gerakan ini terus bergerak mencari umat Islam Melayu yang masih mentah dan amat kurang didikan agama untuk dimurtadkan dan akan diberi wang saguhati yang tidak pernah terlintas difikiran anak muda.
Modus operandi mubaligh kristian yang diimport khas dari luar negara dan masuk ke Malaysia melalui Singapura ini adalah hampir sama. Iaitu dengan mencari orang Islam yang muda tidak bekerja, pemalas dan tiada hala tuju hidup, keluarga Islam yang susah, yang banyak bebanan hutang dan lemah iman. Mereka ini licik dalam menjalankan rencana mereka. Oleh sebab itu mereka telah dihantar ke sini secara berselindung dan kita sendiri tidak kenal siapa gerangan dan asal usul mereka.
Jika sebelum ini mereka akan ke gereja-gereja untuk di doktrinkan menjadi kristian, tetapi selepas Pak Hasan kantoikan DUMC, mereka lebih berhati-hati dan tertutup. Lokasi yang lebih tepat adalah dihotel-hotel bertaraf 4 dan 5 bintang di bandar-bandar besar khususnya di Selangor dan Penang. Kenapa dua negeri ini? Kalian boleh faham jika kita lihat statistik ahli-ahli DAP paling ramai di negeri mana. Bukan menuding jari tetapi ini realiti. JawaBernam ada bukti, Pak Hasan lagi banyak bukti.
Jadi, jagalah anak-anak, isteri, suami, adik-beradik, saudara, ipar duai, mertua, menantu, dan semua saudara se-Islam kita di Malaysia ini. Kita memang melaungkan demokrasi kepimpinan tetapi tidak melaungkan demokrasi kemurtadan. Ketahuilah yang sesungguhnya DAP beriya-iya mahu merampas Malaysia dari pemimpin Islam. Tahu apa yang mula-mula sekali diubah jika DAP berjaya? Fikirkan.
sopo meneh seng delok, dok ono kancane. aku arep metu lah
ReplyDeleteaku sokong mu kang. Saktenan nay DAP ki memang musuh wong islam tekat bien. Cangkem may memang wangi tapi karep pay arek ngancur kay wong islam. Mbobrok kay ukhwah wong islam. Ayuh anak-anak jowo, podo tangi, perangi DAP karo Pakatan. PAS pun wes lali karo kito wong islam. Kito wajib merangi musuh kito, seng nolak ugomo islam. Allahuakbar
ReplyDeletebener kang, aku anak jowo sarawakpun gemes ambek jeng jenenge DAP iki. Merono merene ngelek ke muslimin, ayuh podo rame-rame ganyang DAP
Delete