KATA KAMILIA IBRAHIM (TENGAH)
Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan “kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang. - KL-Today
KATA EXCO-EXCO WANITA UMNO DAN KETUA-KETUA WANITA UMNO NEGERI
Kami, Exco Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita UMNO Negeri-Negeri merakamkan kekesalan di atas kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Dato’ Kamilia Dato’ Hj Ibrahim dalam The Star bertarikh 22 Mac 2012 (Khamis) yang mendesak YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Kenyataan tersebut merupakan agenda dan kenyataan peribadi beliau yang langsung tidak memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di dalam Pergerakan Wanita UMNO tentang isu tersebut samada di peringkat Exco, Negeri, Bahagian mahupun akar umbi. Malah sokongan kepada YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil amat padu dan memberangsangkan seperti yang ditunjukkan ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini dan yang terakhir semasa Pelancaran Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, Johor.
Kami selaku Exco dan Ketua UMNO Wanita Negeri-Negeri ingin menegaskan bahawa kami akan sentiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia. - Minaq Jinggo
****************
Belum PRU lagi nampaknya Timbalan Ketua Wanita UMNO Malaysia ini sudah tidak sabar hendak menggantikan Shahrizat yang sekarang ini sedang dilanda beribu masalah. Mungkin ada niat di hati Kamilia ini untuk bertanding dan seterusnya duduk di kerusi empuk Ketua Wanita UMNO ini.
Nak pilihanraya ni mesti ada yang nak jadi HERO dalam selimut. Konon nak menyelamatkan UMNO tapi sebenarnya menghancurkan UMNO itu sendiri. Sedarlah diri tu sikit. Pertandingan belum bermula. Ketua Wanita masih milik Shahrizat. Kita tunggu sahaja apa amanat PM Najib seterusnya. Jangan GELOJOH!!
kemenangan PRU13 bukan terletak pada pandangan ketua-ketua exco atau ketua wanita UMNO Negeri tapi kami pengundi setia BN yang akan menentukanya. Apa yang disuarakan Kamilia adalah sama dengan pandangan majoriti iaitu kami pengundi biasa ini. Dr Mahathir menekankan PEMIMPIN BUKAN SAJA KENA BERSIH TAPI MESTI KELIHATAN BERSIH. Liabiliti tetap libiliti pada UMNO
ReplyDeleteSy bukan ahli UMNO ttp sentiasa mengundi UMNO. Tp isu Sharizat mungkin mengubah parti mana yg sy undi.
ReplyDeletesharizat, pandai mak cik tu main perception game... term jade senator dah habis, ape lagi nak kate letak jawatan? nak konsentrate dkt kerusi ketua wanita? awak dah jadi liabiliti... yang lain tu pun dok sah la duk puji dan kipas... jangan berjuang sebab perut...
ReplyDeleteApa la dosa sharizat ni..yg buat salah laki dia..bukan dia.. mahkamah pun tak putuskan laki dia salah ke tak. ada bukti ke kaitan sharizat dlm kes ni..yg kes anwar ibrahim tu, ada ke ajijah letak jawatan..hadoi..sedih la org melayu ni mudah terpedaya.bengap
ReplyDeleteApa apa pun saya akan ttp sokong umno melayu kita.....
ReplyDelete