Malam tadi JawaBernam menghadiri satu majlis pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di UiTM Shah Alam yang turut dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Haji Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. JawaBernam sangkakan beribu sahaja yang hadir bersama PM namun tanggapan JawaBernam meleset jauh. Rupanya yang hadir lebih dari 10,000 orang mahasiswa dari pelbagai institusi sama ada IPTA mahupun IPTS. Tidak kiralah dari Universiti selatan hingga ke utara, Sabah, Sarawak, IPTS, Kolej Komuniti dan banyak lagi institusi pengajian tinggi yang tak terkira banyaknya.
Mengambil sedikit dari ucapan PM Najib, "walaupun ada seorang mahasiswa yang turunkan bendera muka saya (Najib), rupanya ada puluhan ribu lagi yang sanggup naikkan bendera untuk saya (Najib)." Memang betul Dato' Seri, biarkan Adam Adli bermimpi disiang hari. Namun untuk menjaga kedaulatan negara, kami semua hanya percaya Dato' Seri sahaja yang dapat mempertahankannya.
Mahasiswa seluruh negara menyokong kepimpinan Dato' Seri untuk menerajui negara. Turut hadir sama adalah Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Khalid Nordin, Menteri Pertanian dan Sumber Asas Tani, Dato' Seri Noh Omar dan beberapa lagi dif-dif kehormat. Penyampaian dana bagi Yayasan Sukarelawan Siswa turut disampaikan oleh PTPTN, Sunway Group, Lim Kok Wing dan beberapa agensi lain. Dana ini akan digunakan untuk mahasiswa bergerak menabur bakti kepada masyarakat melalui program-program yang telah dijalankan seperti Aman Kampus, IT Village, iParents, dan beberapa program lain.
Walaupun YSS ini baru dirasmikan, namun perjalanan program telah lama berjalan dan telah mendapat maklum balas yang positif. Ini bagi mengajar mahasiswa supaya dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat dan dapat mendedahkan kepada mahasiswa tentang kehidupan sebenar rakyat Malaysia.
Apa guna kita hidup senang jika kita tak dapat nak bantu orang lain. Fikirkan.
Gambar Ihsan: Be Da Man
No comments:
Post a Comment
comment please.....