Konco-konco ku

Thursday, March 8, 2012

PM NAJIB MENCERIAKAN PEGAWAI KERAJAAN LAGI!!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.

Pelarasan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini.

Najib mengumumkan perkara tersebut ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jadual gaji yang diubah suai itu menyaksikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.

Perhimpunan kakitangan awam pada pagi ini bersama PM Najib telah memutuskan perkara berikut, secara ringkas

1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM seperti sebelumnya.
2. Penubuhan Suruhanjaya Khas.
3. Pelaksanaa gaji kembali kepada sistem gaji matrik dalam SSM.
4. Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 setahun.
5. COLA dinaikkan, RM200 kepada RM250, RM100 kepada RM150.
6. Insentif lain dikekalkan-insentif wilayah, pendalaman.
7. Kenaikkan gred untuk guru-guru berdasarkan ‘time-based’.


* Untuk makluman penyelarasan gaji yang diumumkan PM hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari 2012 dan akan dibayar mulai bulan Mac ini ataupun April.

Sumber:  PapaGomo

Jawa said : Untunglah orang-orang gomen. Tak sokong PM Najib pun dapat kenaikan gaji. Selagi tak dapat selagi tu boleh hentam kerajaan. Kalau dah dapat masing-masing senyap. Gaji tinggi, elaun naik, insentif dapat, COLA naik, pencen pun dapat. Memang sampai korang masuk kubur pun makan duit ihsan kerajaan. Kalau tak tau nak bersyukur tak tau nak cakap apa la......

2 comments:

  1. skim saraan....cukup2 utk suami-isteri s'hja

    ReplyDelete
  2. Tahniah pada DS Najib kerana prihatin dan mengambil tindakan bijak dalam menangani masalah gaji penjawat awam. Masalahnya pelaksana dasar tidak amanah dan telus dalam mengkaji SPBA. Sebagaimana yang dibentangkan dalam bajet 2012 Pda tahn lepas smmgnya kenaikan gaji adalah 7 hingga 13% tapi ada yang tamak sampai naik naik gaji hingga 500% mereka inilah yang ingin sabotajDS Najjib.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...