Konco-konco ku

Wednesday, March 14, 2012

TEMPE PANAS!! DANA ASING DI SEBALIK HIMPUNAN HIJAU ANTI-LYNAS!


26 Februari lepas satu demonstrasi Hijau telah di adakan di Kuantan, Kuala Lumpur & Pulau Pinang sebagai protes terhadap pembangunan kilang pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Kilang & loji pemprosesan milik syarikat Lynas Coporations LTD itu dikatakan akan menghasilkan radioaktif yang membahayakan kesihatan & boleh memberi kesan buruk terhadap manusia & alam sekitar.

Protes tersebut adalah lanjutan kepada beberapa siri bantahan sebelum ini yang dipelopori oleh ahli parlimen Kuantan, Dr. Fuziah Salleh dari PKR.

Demonstrasi yang sama juga berlaku di Taiwan yang dihadiri oleh rakyat Malaysia keturunan Cina yang belajar & bekerja di sana.

Bagaimanapun menurut sumber, penentangan terhadap kilang nadir bumi di Gebeng, Kuantan itu sebenarnya digerakkan oleh pihak luar yang bermotifkan penguasaan ekonomi & kawalan monopoli terhadap bahan nadir bumi untuk keperluan pasaran dunia.

Bahan nadir bumi diketahui unsur penting dalam industri elektronik terutama sekali untuk penghasilan barangan seperti Ipad, komputer, Galaxy Tab, kipas helikopter, telefon mudah alih, turbin angin dan lain-lain.

Mengikut data ekonomi, sebahagian besar bahan nadir bumi diimport dari China bagi memenuhi 90% hingga 97% permintaan industri elektronik di seluruh dunia yang semakin berkembang pesat.

Sumber itu turut menjelaskan, sekurang-kurangnya 2 kali pemindahan dana bernilai jutaan dolar Amerika telah dilakukan bagi menggerakkan penentangan besar-besaran terhadap projek kilang pemprosesan nadir bumi milik syarikat Lynas.

Patutlah apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dari PAS menjelaskan bahawa operasi kilang pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng adalah selamat dan tidak mendatang mudarat, terus mengundang reaksi negatif dari pemimpin politik & NGO yang menyokong gerakan anti-Lynas.

Tidak syak lagi beberapa siri demonstrasi anti-Lynas yang berlaku dalam negara sejak setahun lalu bukan saja bermotifkan politik sempit semata-mata malah lebih dari itu rupanya ada udang di batu.

1 comment:

  1. Patut la "97% keperluan Nadir Bumi datangnya dari China" dan majoriti penentang kilang Lynas adalah orang-orang cina....nampak tak hubungan diatas ... Cina kat Malaysia ni masih mempunyai hubungan yang kuat dengan negara China melebihi kasih sayang keatas negara Malaysia... Wooi ...pii la balik China (Yang pompuan boleh jadi pelacur)...buat apa dok kacau Tanah Melayu ......

    ReplyDelete

comment please.....