Eli Wong tidak habis dengan isu. Selepas isu azan, penukaran tulisan jawi ke tulisan cina hinggalah ke kes bogel bersama teman lelakinya Azmin Heli yang tersebar luas baru-baru ini hingga beliau terpaksa mengumumkan kepada media yang dia akan letak jawatan. Tetapi semua itu hanyalah retorik. Beliau masih lagi memegang jawatan itu.
Himpunan Hijau 2.0 baru-baru ini di Gebeng, Kuantan yang mana tujuan utamanya adalah untuk menghalang kilang lynas dari beroperasi juga dikaitkan dengan Eli Wong. Banyak versi yang JawaBernam dengar tentang himpunan haram ini. Dikatakan setiap peserta diberikan duit upah menjerit di hadapan kilang lynas yang sedang beroperasi dan ada juga dari versi lain yang mengatakan semua rakyat pahang telah turun bersama untuk menghalang pemprosesan 'fuziah thoron' dari terus beroperasi.
Kempen yang dikatakan mendapat sambutan luarbiasa dari rakyat Malaysia ini telah mendapat perhatian dunia hingga ke Israel. Dan pemimpin-pemimpin di Israel dikatakan bertepuk riang dengan kejayaan pakatan memperbodohkan rakyat Malaysia yang majoriti nya Melayu.
Kali ini JawaBernam ada bukti yang kukuh yang menyokong dakwaan semua blogger Pro-BN yang mana peserta Himpunan Hijau BUKANLAH RAKYAT NEGERI PAHANG! JawaBernam sekalikan surat permohonan untuk membawa penduduk luar Pahang ke Gebeng, Kuantan.
Salam tuan,
ReplyDeleteMohon untuk share artikel di atas ya. Pautan akan sy letak di blog saya. Terima kasihtu