Konco-konco ku

Monday, March 5, 2012

DUN SABAK BERGOLAK!! GERAKAN SERANG BERTAPAK!!

Gerakan SERANG meneruskan agendanya sendiri dengan turun ke kawasan DUN Sabak malam tadi. Pengerusi SERANG (Sekretariat Orang Muda Selangor), Budiman, mencerahkan malam yang gelap dengan dendangan perincian kekhilafan pakatan haram Selangor yang diketuai oleh DAP.

Dengan kehadiran lebih 120 orang jentera muda DUN Sabak bersama-sama mendengar penerangan yang disampaikan oleh Budiman. Turut hadir ADUN Sabak, YB Dato' Warno dan Ahli Parlimen Sabak Bernam, YB Datuk Rahman. Pengisian yang sungguh berguna untuk mempertahankan Parlimen Sabak Bernam bersama dua DUN nya. 

Sambutan yang menggalakkan dari orang muda DUN Sabak. Ada 250 isu salah tadbir kerajaan pakatan yang boleh diguna pakai oleh semua jentera bagi menangkis semua fitnah yang dibuat oleh pembangkang.

Dan berita yang mengejutkan, poster-poster dan kad-kad yang terpampang muka calon Ahli Parlimen Sabak Bernam dari pakatan, Aziz Basi sudah mula diedarkan di kawasan Sabak Bernam. Nampaknya pakatan sudah tidak sabar-sabar hendak kalah pada PRU-13 nanti.

Lokasi seterusnya adalah di Petaling Jaya Selatan. Nantikan pendedahan mengejutkan dari SERANG.

P/S: Gambar akan menyusul kemudian.

2 comments:

  1. terbaik gak ni.. terus update story lokasi nnt lg ya bro.. ;)

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...