Konco-konco ku

Thursday, March 8, 2012

KENAPA SAMPAH TIDAK DIKUTIP DI SELANGOR???IN JAWAPANNYA.

Tika tengah makan time lunch tadi bersama beberapa orang rakan pejabat. Akhbar Sinar Harian masih ditatap tiba-tiba seorang rakan JawaBernam memberitahu hakikat sebenar kenapa negeri Selangor kini diancam dengan sampah. Dan kenapa tiada lori sampah yang datang mengambil sampah di sekitar Selangor.

Ini bukan rencana panjang. Harap kalian dapat baca untuk informasi.

"Yang sebenarnya, sampah ni boleh je dikutip oleh kontraktor-kontraktor sampah tetapi disebabkan ketirisan yang berlaku pada kerajaan negeri Pakatan maka bayaran yang diterima oleh kontraktor tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan setiap hari. Macam pakcik aku sorang ni. Dulu dia kontraktor Alam Flora. Ada 10 buah lori sampah. Tapi sekarang semua dah tersadai sebab bayaran yang diterima ciput. Daripada menanggung rugi kos operasi setiap hari lebih baik pakcik aku angkut sampah seminggu sekali. Kos kurang, pekerja pun sikit."

Fikirkan. Kemana lagi duit penyelenggaraan sampah yang diberi kepada kontraktor-kontraktor sampah ini hilang? SELCAT dah jadi mahkamah kanggaroo ke?

1 comment:

  1. punah ranah dah selangor dapat kat PR ni....

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...